PRN Melaka makin dekat, DUN bubar dua Jumaat lagi Rauf beri bayangan

September 7, 2026 · Politik

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mungkin dibubarkan dalam tempoh dua Jumaat lagi, sekali gus memberi bayangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bakal masuk ke fasa penentuan tidak lama lagi.

Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka memberi bayangan itu ketika berucap pada program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di DUN Sungai Udang, hari ini.

“Tak lama lagi (akan bubar). Saya kata hari itu empat kali Jumaat lagi, (tetapi kini) dah tinggal dua kali Jumaat saja,” katanya ketika berucap pada majlis minum pagi dan sesi ramah mesra bersama penduduk Kampung Bertam Ulu.

Kenyataan itu memberi petunjuk pembubaran DUN Melaka mungkin diumumkan menjelang akhir bulan ini, selepas sebelum ini Ab Rauf hanya memberikan bayangan mengenai tempoh pembubaran tanpa tarikh khusus.

Perkembangan itu turut hadir sehari selepas Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menggesa Ab Rauf mempercepatkan pengumuman pembubaran DUN Melaka bagi memberi laluan kepada PRN.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, pengumuman itu tidak seharusnya ditangguhkan terlalu lama kerana rakyat, khususnya golongan muda, perlu diberikan ruang menentukan hala tuju serta masa depan negeri berkenaan.

Ab Rauf sebelum ini turut menyatakan persiapan BN bagi menghadapi PRN Melaka sedang berjalan, termasuk usaha memastikan jentera parti berada pada tahap kesiapsiagaan yang diperlukan.

Dengan tempoh dua Jumaat yang disebut Ab Rauf, perhatian kini tertumpu kepada keputusan kerajaan negeri untuk menentukan tarikh sebenar pembubaran DUN sebelum proses pilihan raya boleh dimulakan.

Pembubaran DUN akan membuka laluan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penting PRN Melaka, termasuk hari penamaan calon, pengundian dan tempoh kempen.

Berita berkaitan
Mohamad Hasan: Menang PRN bukan lesen UMNO untuk leka
September 9, 2026· Politik
PAS akan jadikan UMNO, BN ‘pak turut’ – PKR Terengganu
September 8, 2026· Politik
Dakwaan tawaran AS jatuhkan kerajaan: Polis terima 12 laporan terhadap Hadi
September 7, 2026· Politik
Bukit Aman hubungi Hadi dakwaan AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan Malaysia
September 7, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Isu pengampunan: Zahid serah nasib Najib kepada budi bicara Agong
18 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO desak GST dikembalikan
18 jam lalu · Politik
Danish cabar Asyraf tunjuk ayat PH pertikai kuasa Agong
18 jam lalu · Politik
Ismail akan berjumpa Zahid, jelaskan dakwaan dipaksa tandatangan
19 jam lalu · Politik
Penyatuan ummah bukan untuk pinggir bukan Melayu – Akmal
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok