PRN Sabah: 9,500 anggota polis akan dikerah pantau proses pengundian

October 10, 2025 · Politik

Sebanyak 9,500 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dikerahkan bagi menjamin kelancaran serta keselamatan sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail, yang menyatakan penugasan besar-besaran itu meliputi kesemua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lebih 3,500 saluran mengundi di seluruh Sabah.

Beliau turut mengakui cabaran geografi negeri itu yang memerlukan perancangan logistik yang rapi.

“Kita turut mengambil kira keluasan dan cabaran geografi negeri tersebut yang memerlukan persiapan logistik termasuk penggunaan helikopter bagi memastikan penempatan anggota dapat dilaksanakan dengan berkesan,” katanya ketika sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur hari ini.

Tambah Mohd Khalid, Bukit Aman telah bersedia untuk menghantar bantuan tambahan sebanyak 1,000 hingga 1,500 anggota seperti yang dimohon oleh Pasukan Polis Sabah.

Beliau juga menyeru semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya agar sentiasa berdisiplin dan menjaga tatasusila semasa tempoh kempen.

“Kita menasihatkan semua pihak termasuk pemimpin parti dan penyokong agar menjaga tatasusila serta disiplin sepanjang tempoh berkempen bagi memastikan suasana pilihan raya berlangsung dalam keadaan aman dan teratur,” pesannya.

“Negara kita berbilang kaum dan berada dalam keadaan baik. Saya menyeru semua pihak supaya mematuhi undang-undang agar PRN kali ini dapat dijalankan dengan lancar, aman dan sempurna,” tambahnya lagi.

Penugasan anggota polis dalam jumlah yang besar ini diharap dapat memastikan proses demokrasi itu berjalan dengan tertib, selamat dan tanpa sebarang gangguan.

Berita berkaitan
Aminuddin ambil tanggungjawab, sedia berundur
17 jam lalu· Politik
Hajiji hadir kongres PKR, tanda hubungan dengan GRS baik
August 15, 2026· Politik
Fahmi: PKR perlu perkemas cara sampaikan mesej kerajaan
August 15, 2026· Politik
Wanita PKR perlu bangkit, turun padang dekati pengundi: Fadhlina
August 14, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
8 jam lalu · Politik
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
9 jam lalu · Politik
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
9 jam lalu · Politik
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
9 jam lalu · Politik
Hubungan dengan Zahid masih baik, Anwar pilih kestabilan pertahan Kerajaan Perpaduan
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
8 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok