PRN Sabah: Hajiji yakin GRS kuasai majoriti mudah

November 19, 2025 · Politik

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijangka meraih kemenangan dengan memperoleh majoriti mudah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Keyakinan tersebut disuarakan oleh Pengerusi GRS, Hajiji Noor yang menyasarkan sekurang-kurangnya memenangi lebih 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 55 yang ditandingi calon gabungan itu.

“Memang lebih banyaklah dan kita yakin kita boleh mempertahankan kerajaan ini.

Lebih daripada 37, simple majority, Insya-Allah. Kita bertanding di 55 kerusi dan kita yakin dapat lebih daripada 40,” katanya selepas Kempen ‘Rumah Kita, Kita Jaga GRS’ di Dataran Bagandang hari ini.

Mengenai insentif kepada pengundi luar, Hajiji memaklumkan peruntukan telah disediakan di peringkat DUN masing-masing untuk memudahkan mereka pulang mengundi.

“Selalunya di setiap DUN, kita ada peruntukan untuk diberikan kepada pengundi-pengundi luar, terutama yang dari jauh datang mengundi, kita ada sediakan peruntukan. Untuk kapal terbang pun ada,” jelasnya.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Hajiji turut menekankan komitmen kerajaan GRS dalam membantu rakyat, termasuk pelajar.

“Mulai tahun ini, saya juga berikan bantuan kepada anak-anak kita yang menuntut di Sabah di institusi pengajian tinggi yang mahu pulang ke kampung semasa perayaan.

“Kita bagi RM300 setiap seorang. Itulah kerajaan GRS,” tambahnya, sambil menyatakan harapannya agar sokongan padu yang ditunjukkan dalam himpunan tersebut akan diterjemahkan kepada kemenangan calon GRS pada 29 November nanti.

Berita berkaitan
Padan muka MCA hanya diberi dua kerusi di Melaka: PKR
3 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
11 jam lalu· Politik
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
11 jam lalu· Politik
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
11 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu bimbang mesyuarat khas MT PN berdepan risiko undang-undang
6 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita
12 jam lalu · Politik
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026 · Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
October 24, 2026 · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
October 24, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok