Proklamasi 19 April tak akan diwartakan, SUK Negeri Sembilan ikut pandangan AGC

September 17, 2026 · Politik

Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan mewartakan atau melaksanakan proklamasi bertarikh 19 April 2026 berkaitan kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Negeri Sembilan berkata keputusan itu dibuat selaras dengan pandangan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mendapati proklamasi berkenaan tidak sah dari sudut perundangan.

Menurut Pejabat SUK, tindakan mewartakan atau melaksanakan proklamasi itu juga boleh bercanggah dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS).

“Selain daripada itu, tiada asas di sisi undang-undang bagi ahli MMKN untuk bersandar kepada proklamasi bertarikh 19 April 2026 bagi pengumuman mereka,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan turut merujuk kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan sebelum ini berkaitan arahan untuk mewartakan proklamasi tersebut.

Pejabat SUK berkata pentadbiran negeri sudah merujuk perkara itu kepada Penasihat Undang-Undang Negeri bagi memastikan sebarang tindakan dibuat mengikut undang-undang semasa dan UUTKNS 1959.

Perkembangan itu menyusul selepas AGC pada malam Khamis menjelaskan proklamasi 19 April 2026 berkaitan kedudukan Tuanku Muhriz tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak mandatori Perkara 10 UUTKNS 1959.

AGC turut menegaskan tiada keterangan menunjukkan mana-mana faktor hilang kelayakan di bawah Perkara 10(1) terpakai kepada Tuanku Muhriz. Pada masa sama, Menteri Besar dan MMKN tidak mempunyai kuasa secara unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang Dipertuan Besar.

“Kesahan serta kesan proklamasi tersebut hendaklah ditentukan menerusi proses perlembagaan dan undang-undang yang sah, selaras dengan undang-undang terutama UUTKNS 1959,” menurut AGC.

AGC turut memaklumkan isu berkenaan kini dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Seremban dan terdapat perintah *interlocutory injunction* yang masih berkuat kuasa. Semua pihak diminta menghormati proses mahkamah sehingga perkara itu diselesaikan.

Dalam perkembangan sama, Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan sekali lagi menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang sah serta Yang Dipertua DKU.

Isu berkenaan tercetus susulan proklamasi pada 19 April lalu yang menyentuh kedudukan Tuanku Muhriz. Pertikaian mengenai kesahan proses tersebut kemudiannya berkembang kepada persoalan bidang kuasa MMKN, peranan DKU serta tafsiran UUTKNS 1959.

Dengan pendirian terbaharu Pejabat SUK dan AGC, sebarang tindakan lanjut berkaitan kedudukan Yang Dipertuan Besar perlu melalui saluran perlembagaan dan undang-undang yang sah.

Berita berkaitan
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
6 jam lalu· Politik
Peguam Negara jelaskan pengampunan Najib hanya untuk kes SRC: Laporan
September 18, 2026· Politik
Zamri Vinoth kekal berdepan pertuduhan, perbicaraan April tahun depan
September 18, 2026· Isu semasa
Mesyuarat Lembaga Pengampunan selesai, nasib Najib menjadi tanda tanya: Laporan
September 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
6 jam lalu · Politik
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
6 jam lalu · Politik
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
6 jam lalu · Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
6 jam lalu · Politik
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok