Peguam Negara jelaskan pengampunan Najib hanya untuk kes SRC: Laporan

September 18, 2026 · Politik

Pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Najib Razak hanya terpakai terhadap hukuman penjara dalam kes SRC International dan tidak meliputi kes jenayah lain yang masih dihadapinya.

Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar mengesahkan perkara itu bagi menjelaskan skop pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, susulan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64.

“Hanya untuk kes SRC,” katanya dalam pesanan ringkas.

Melalui keputusan itu, Najib dibenarkan menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan terhadap syarat yang ditetapkan.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri turut menjelaskan sekiranya Najib gagal mematuhi mana-mana syarat pengampunan, keputusan itu terbatal dan beliau perlu meneruskan baki hukuman di penjara.

Namun, pengampunan berkenaan tidak secara automatik merangkumi kes 1MDB yang berasingan.

Najib sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 15 tahun serta denda RM11.38 bilion selepas Mahkamah Tinggi mensabitkannya atas 25 pertuduhan berkaitan kes tersebut.

Beliau sedang mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Dalam kes SRC International, Najib pada asalnya dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas disabitkan atas tujuh pertuduhan membabitkan dana RM42 juta.

Beliau mula menjalani hukuman pada 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman berkenaan.

Pada Januari 2024, Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan kepada RM50 juta. Keputusan itu turut memendekkan tarikh pembebasan Najib daripada 23 Ogos 2034 kepada 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat ditetapkan.

Keputusan terbaru hari ini menyusul selepas permohonan pengampunan Najib ditangguhkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 11 September lalu.

Berita berkaitan
Van polis ditempatkan di kediaman Najib mulai esok
1 jam lalu· Politik
Najib kekal di Kajang selagi denda RM50 juta belum dibayar
1 jam lalu· Politik
Pengampunan Najib: Loke pilih untuk berundur dari Kabinet
19 jam lalu· Politik
Bila UMNO nak lancar tabung ganti kerugian 1MDB disakau Najib? soal Pemuda Amanah
September 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
1 jam lalu · Politik
Syarat pengampunan Najib perlu dijelaskan kepada rakyat: Bersatu
September 19, 2026 · Politik
Kuasa pengampunan terhadap Najib ikut Perlembagaan: Azalina
September 19, 2026 · Politik
Siasatan 1MDB Najib kekal, SPRM teruskan kes
September 19, 2026 · Politik
Kes Tabung Haji: Azeez, keluarga diminta isytihar harta kepada SPRM
September 19, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok