Ketua Penerangan UMNO Bahagian Johor Bahru, Ahmad Solehin Abd Ghan
UMNO Johor Bahru mengkritik peletakan jawatan Rafizi Ramli hanya sebagai lakonan politik untuk melarikan diri selepas kegagalan menggalas tanggungjawab sebagai menteri.
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Johor Bahru, Ahmad Solehin Abd Ghani berkata, langkah peletakan jawatan Rafizi itu hanya strategi mencipta persepsi semata-mata untuk mencuci tangan daripada kegagalannya.
“Rakyat jangan mudah terpedaya. Inilah modus operandi bekas propaganda utama Pakatan Harapan (PH) yang cuba mencipta naratif kononnya beliau bermaruah, sedangkan sebenarnya ingin mencuci tangan daripada tanggungjawab yang tidak mampu ditunaikan.
“Setelah bertahun menyebar fitnah, menghasut rakyat serta menyerang pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN), akhirnya apabila diberi peluang menjadi menteri, Rafizi gagal sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan .
Menurutnya, tidak ada satu pun janji besar yang dicanang Rafizi ketika berkempen berjaya direalisasikan termasuk isu berkaitan kos sara hidup, kenaikan gaji dan reformasi ekonomi.
“Jika benar beliau berprinsip, kenapa tidak meletakkan jawatan lebih awal? Perdana Menteri sendiri tidak memecatnya.
“Ini bukan soal prinsip, sebaliknya beliau melarikan diri daripada beban yang tidak mampu dipikul,” katanya.
Ahmad Solehin turut menyentuh pengakuan Rafizi sendiri yang menyatakan beliau tidak selesa dan tidak serasi memegang jawatan sebagai menteri.
Justeru, beliau mengingatkan UMNO dan BN supaya tidak mudah terpedaya dengan naratif kononnya tindakan Rafizi itu berasaskan prinsip yang mulia.
“Bukankah itu pengakuan kegagalan yang nyata? Rakyat memberi amanah, tetapi beliau menganggapnya sebagai beban. Di mana tanggungjawab terhadap negara?
“Rafizi bukan wira, sebaliknya simbol kegagalan seorang pemimpin yang hanya pandai mencipta persepsi, tetapi gagal dalam penyampaian dasar.
“Akhirnya, watak Rafizi hanyalah seorang ahli politik yang petah berbicara, tetapi gagal bekerja. Bukan prinsip yang ditinggalkan, tetapi tanggungjawab,” katanya.
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
Abang Johari panggil sidang media khas, DUN Sarawak bakal bubar?
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum