Bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli.
Rafizi Ramli membidas ‘cybertroopers’ yang baharu masuk PKR dan setahun jagung yang membabi-buta membidasnya hanya kerana mempersoalkan isu terma Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).
Bekas timbalan presiden PKR itu mendakwa ramai ahli baharu dalam parti itu yang baharu masuk selepas menang tidak memahami budaya politik yang diketengahkan dan hanya tahu maki hamun tanpa membuat penilaian dalam sesuatu isu.
“Saya sekarang tunggu apa reaksi cybertroopers kerajaan yang selama beberapa minggu mengecam dan memaki hamun kami, di mana mereka apabila Zafrul sendiri mengesahkan perkara-perkara yang kami utarakan?
“Ini masalahnya apabila komunikasi dan silat politik PKR di-subkontrak kepada watak-watak yang hanya menyertai PKR selepas PKR menang. Sebahagian mereka sebelum ini dengan Pejuang, PAS dan Bersatu. Jadi mereka tidak pernah hadam budaya dalam PKR yang mana kesetiaan ahli parlimen adalah kepada rakyat.
“Jika ada perkara yang membawa risiko kepada rakyat, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk bersuara, hatta menegur Perdana Menteri sendiri, tidak kira parti Perdana Menteri itu,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Mengulas lanjut, bekas menteri ekonomi itu menyifatkan pengakuan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk merunding semula terma ART antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) sebagai pengesahan kepada kebimbangan yang pernah dikemukakannya sebelum ini.
Rafizi berkata, hasrat kerajaan itu yang didedahkan Zafrul dalam siaran podcast ‘Keluar Sekejap’ itu selari dengan apa yang telah dibangkitkannya bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen suatu ketika dulu.
“Saya berlapang dada kerana beberapa perkara yang diulas Tengku Zafrul tidak jauh dari saranan-saranan yang pernah kami buat,” katanya.
Pada 13 Nov lalu, tiga ahli parlimen kerajaan itu menggariskan beberapa cadangan untuk mengimbangi ART yang ditandatagani negara ini dengan AS dan dianggap mereka sebagai “berat sebelah”.
Bercakap pada sidang media di parlimen, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, membacakan kenyataan yang turut disokong oleh Rafizi dan Nik Nazmi.
Mereka berpendapat walaupun ART boleh memberikan beberapa impak positif – terutamanya dalam hal berkaitan perdagangan digital, semikonduktor dan farmaseutikal – ia tetap dibimbang tidak dimeterai mengikut proses yang sewajarnya.
“Kami yakin, berdasarkan respons rasmi dan teks yang kurang jelas, pemeteraian perjanjian itu dilakukan tanpa analisis kos-faedah yang komprehensif dan perundingan awam yang mencukupi,” kata mereka.
Sementara itu, Rafizi berkata pengakuan Zafrul bahawa kerajaan sedang berusaha untuk merundingkan kembali beberapa perkara mengesahkan bahawa kebimbangan mereka sebelum ini ada asas.
Rumah bangsa UMNO terima respons positif: Mat Maslan
Mas Ermieyati dan Ronald digantung keahlian Bersatu dua penggal
AMK persoal aktivis membisu dalam isu ketegangan kaum
UMNO tidak paksa bekas ahli untuk kembali: Tok Mat
Peguam Muhyiddin dakwa pertuduhan dibuat kabur, gagal nyata kesalahan dilakukan
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan