Rafizi dan Nik Nazmi tergugur automatik keahlian PKR: Fuziah

May 17, 2026 · Politik

PKR mengesahkan keanggotaan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad dalam parti itu sudah tergugur selepas kedua-duanya mengumumkan keluar parti serta mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing.

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata tindakan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(c) Perlembagaan parti selepas pihaknya menerima pengisytiharan rasmi daripada Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa berkenaan.

Menurut beliau, pengumuman dibuat kedua-dua pemimpin itu turut selari dengan Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kerusi Dewan Rakyat perlu dikosongkan sekiranya seseorang wakil rakyat tidak lagi menjadi ahli parti yang diwakilinya ketika dipilih.

“PKR sudah menerima rakaman ucapan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengumumkan keluar daripada parti serta mengosongkan kerusi Parlimen mereka.

“Pengisytiharan itu jelas memenuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fuziah berkata, PKR juga akan merujuk perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul bagi menentukan status kedua-dua Ahli Parlimen terbabit.

Pada masa sama, beliau memaklumkan parti akan meneliti kedudukan beberapa Ahli Parlimen PKR lain yang hadir dalam majlis pengumuman hala tuju politik Rafizi dan Nik Nazmi di Petaling Jaya.

Semasa majlis tersebut, Rafizi dan Nik Nazmi turut mengesahkan akan mengambil alih sebuah parti politik dikenali sebagai Parti Bersama Malaysia (BERSAMA), sekali gus memberi bayangan pembentukan blok politik baharu menjelang landskap politik pasca pilihan raya akan datang.

Antara pemimpin PKR yang dilihat hadir ialah Wong Chen, Bakhtiar Wan Chik, Rodziah Ismail, Zahir Hassan dan Lee Chean Chung.

Rafizi dan Nik Nazmi sebelum ini merupakan antara pemimpin utama PKR yang memainkan peranan besar dalam memperkukuh parti sejak era reformasi.

Rafizi pernah memegang jawatan Timbalan Presiden PKR manakala Nik Nazmi pula pernah menjadi Naib Presiden parti.

Kedua-dua mereka dijangka menyerahkan surat rasmi peletakan keanggotaan kepada PKR pada Selasa.

Berita berkaitan
PRN Johor: Anwar gesa pengundi pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
24 jam lalu· Politik
PKR sahkan bertanding 16 kerusi di Negeri Sembilan, 20 di Johor
June 14, 2026· Politik
UMNO nafi dakwaan jadi punca kerajaan Negeri Sembilan tidak stabil: Asyraf Wajdi
June 14, 2026· Politik
Wong Chen belum buat keputusan tinggalkan PKR
June 14, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
2 jam lalu · Politik
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
2 jam lalu · Politik
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
2 jam lalu · Politik
BN hampir selesai rundingan kerusi, fokus kempen berteraskan dasar: Asyraf Wajdi
8 jam lalu · Politik
PAS cadang perpaduan Melayu, tetapi tak mahu Hamzah dalam parti
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
23 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok