Nurul Izzah menghulur tangan untuk berdamai dengan Rafizi.
Perwakilan PKR yang memilih semasa pilihan raya parti perlu menyokong Nurul Izzah Anwar bagi jawatan Timbalan Presiden, kata Rafizi Ramli.
Rafizi yang juga salah seorang calon Timbalan Presiden PKR berkata sokongan kepada anak presiden itu penting jika tidak mahu ia memberi kesan kepada kedudukan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
“Kalau contohnya Izzah kalah, apa mesejnya kepada rakyat? Contohnya mesejnya ialah anggota PKR menolak Anwar Ibrahim.
“Kalau kalah..jadi sebab itu Nurul Izzah mesti menang. Dia mesti menang sebab kalau kalah itu, kita akan masuk pilihan raya dalam keadaan yang kita tak boleh gambarkan berdepan pembangkang dan polemik politik dalam dan luar kerajaan.
“Kerana orang akan kata, Nurul Izzah kalah bermakna Anwar ditolak parti sendiri, jadi akhirnya apa pilihan saudara saudari ada?” katanya semasa dalam satu program di Kedah bagi jelajah kempen yang sedang dianjurkannya.
Menurutnya, kekalahan Nurul Izzah akan menyebabkan imej buruk kepada PKR, terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Rafizi yang juga Menteri Ekonomi sedang dalam kempen untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dan berdepan Nurul Izzah dalam pemilihan parti itu yang dijadualkan pada 23 Mei ini.
Nurul Izzah kini menyandang jawatan Naib Presiden PKR, yang diberikan kepadanya melalui lantikan pada tahun 2022.
Dalam pada itu Rafizi berkata dia tidak mahu melihat PKR melalui pelbagai konflik dalam pemilihan parti, yang akhirnya akan menyebabkan parti itu tewas teruk dalam pilihan raya umum.
Rafizi turut menyalahkan sesetengah pemimpin parti itu kerana mendesak Nurul Izzah bertanding jawatan nombor dua itu, dengan mengatakan mereka telah mencetuskan masalah dalam parti.
‘Ada yang lebih sudu dari kuah’
Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, situasi ini timbul akibat pihak tertentu dalam parti yang mahu menyingkirkan ketua-ketua cabang yang cenderung menyokongnya.
“Parti tenang, keadaan dia tak ada isu, hanya kerana dalam pemilihan 2022 banyak ketua-ketua cabang yang menang di bawah ini menyokong gagasan Ayuh Malaysia yang saya bawa.
“Tiba-tiba kita jadi kerajaan, ada yang lebih sudu dari kuah tiba-tiba kata ‘kita kena tukar dia orang semua ni kerana kita kena pastikan bahawa akar umbi kita 100 peratus bersama presiden’. Benda tu tak pernah timbul pun.
“Presiden pun dah kata, kalau di MPP (Majlis Pimpinan Pusat) dan dalam biro politik, nombor satu dan nombor dua tak payah bertandinglah. Kita nak mengekalkan ketenangan ini. Benda tu semua dah tau dah,” katanya.
Menyentuh mengenai dakwaan nepotisme, Rafizi meminta penyokong Nurul Izzah agar tidak memperlekeh kebijaksanaan rakyat.
“Yang penting macam mana rakyat boleh menilai dan akhirnya melekat pada kepala rakyat bila nak masuk pilihan raya.
“Cuma saya nak nasihatkan, kalau orang nak mempertahankan keputusan Izzah masuk bertanding, jangan bagi kenyataan-kenyataan yang rakyat rasa itu memandang hina kepada pandangan dia,” katanya.
Kes saman Rosmah: Saksi dedah wang, barang kemas bertaburan dalam serbuan Pavilion
Tangguh PRN: Mat Maslan jelaskan itu pandangan peribadi
Rosmah nafi hilangkan barang kemas dari Lubnan
AMK Johor cadang tangguh PRN, fokus bantu rakyat hadapi krisis
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan