Rafizi persoal kegagalan tangani Ketua Pemuda UMNO hingga jejas sokongan bukan Melayu

December 6, 2025 · Politik

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, secara terbuka mengkritik kelemahan kerajaan Madani dalam mengawal Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh, yang didakwanya telah ‘mengamuk’ dan menjejaskan keyakinan pengundi terutamanya bukan Melayu.

Rafizi menyifatan kerosakan terbesar terhadap gabungan kerajaan telah pun bermula sejak dua tahun lalu.

“Bermula dengan Dr. Akmal Saleh ni… meliar lah kan, mengamuk ni kan,” ujar Rafizi, merujuk kepada siri isu yang dibangkitkan Akmal dalam satu rakaman Podcast yang disiarkan dalam media sosial.

Beliau berkata, tindakan Akmal menyebabkan pengundi Cina berasa terabai.

“Mereka akan rasa, ‘yeloh, kami undi kamu paling kurang untuk kamu bela kamilah… Korang tak bela dia langsung’.”

Menurut Rafizi, kegagalan mendisiplinkan Akmal menimbulkan persepsi lemahnya kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

“Dan dia akan fikir macam mana Perdana Menteri tidak boleh mendisiplinkan seorang budak itu,” katanya.

Situasi ini menurutnya rumit untuk diperbaiki.

“Saya tak rasa luka… terutamanya orang Cina, saya tak rasa luka tu boleh diubati kerana kegagalan di masa awal kerajaan,” ujarnya lagi.

Rafizi turut mendedahkan suasana tegang dalam kabinet, di mana menteri dari PKR tidak dapat mengulas kerana bimbang dianggap menggoyahkan kestabilan.

“Akhirnya semua diserahkan kepada Perdana Menteri. Tapi kalau bila dia tak nampak in control daripada awal… I think it’s already water under the bridge lah,” tambahnya.

Beliau juga menuduh tindakan Akmal adalah sebahagian daripada strategi UMNO untuk mendapatkan kembali sokongan, dengan sengaja dilepaskan ‘mengamuk’ manakala pimpinan atasan berpura-pura tidak mampu mengawalnya.

“Saya rasa itu memang strategi UMNO. Dan saya rasa saya pernah cakap kepada PM macam itu,” dakwanya.

Rafizi menyimpulkan bahawa Anwar mungkin terhimpit antara menegur UMNO atau menjaga kedudukan politiknya.

“Pertimbangan Dato’ Seri Anwar ialah apa-apa pun at what cost, ialah macam mana nak menjaga kedudukan Perdana Menteri itu… Well, we pay the price now,” tegasnya mengenai kos politik yang terpaksa ditanggung selepas dua tahun.

Berita berkaitan
Kedutaan AS nafi dakwaan dibuat Hadi berhubung tawaran jatuhkan BN: Laporan
1 jam lalu· Politik
PAS: Ketidakhadiran Zahid bukan tanda UMNO solo, kerjasama diteruskan
20 jam lalu· Politik
AMK sindir PAS: Sejak bila jadi jurucakap UMNO?
21 jam lalu· Politik
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
September 5, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Amanah gesa dakwaan campur tangan asing disiasat, bukan jadi modal politik PAS
September 6, 2026 · Politik
Undi PAS bukan tiket ke syurga: Mujahid
September 6, 2026 · Politik
MB Negeri Sembilan tegaskan sokongan kepada Tuanku Muhriz
September 6, 2026 · Politik
Syurga bukan milik parti politik: Menteri Agama
20 jam lalu · Politik
Johari: Biar presiden BN-PN bincang kerusi
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok