Rafizi yang dikenali sebagai pakar formula hairan dengan kenyataan Timbalan Ketua Penerangan PKR itu yang berkata Nurul Izzah Anwar mempunyai keupayaan untuk memastikan parti itu menang 80 kerusi dalam PRU nanti.
Tahap berfikir Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Ramanan dipersoalkan Rafizi Ramli berhubung dakwaan kononnya mereka mampu menang 80 kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16.
Rafizi yang dikenali sebagai pakar formula hairan dengan kenyataan Timbalan Ketua Penerangan PKR itu yang berkata Nurul Izzah Anwar mempunyai keupayaan untuk memastikan parti itu menang 80 kerusi dalam PRU nanti.
“Ramanan kata dia sokong Nurul Izzah (Anwar) sebagai timbalan presiden kerana dia (Nurul Izzah) ada formula untuk menang 80 kerusi (parlimen) dalam PRU akan datang.
“Dia (Ramanan) ni kira tak berapa kerusi kita bertanding dalam PRU-15?
“Semasa PRU yang lepas kita bertanding 72 kerusi parlimen di Semenanjung, 12 di Sabah dan 16 kerusi di Sarawak.
“Maknanya 100 kerusi… dan ketika itu dalam keadaan kita – PH (Pakatan Harapan) lawan BN (Barisan Nasional) dan PN (Perikatan Nasional), tidak ada kerusi bertindih.
“Kalau kita masuk (PRU-16) sebagai kerajaan perpaduan, kita kena bahagi kerusi. PH kena rundingkan kerusi dengan BN.
“Mustahil kita boleh bertanding di semua 72 kerusi itu (seperti PRU-15),” katanya dipetik laporan media.
Rafizi semalam berucap dalam siri jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa (Hiruk) di Mentakab, dekat Temerloh, Pahang.
Katanya lagi, Ramanan sepatutnya merujuk terlebih dulu jumlah kerusi ditandingi parti berkenaan dalam PRU-15 pada 2022 lalu.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, Rafizi memaklumkan daripada 72 kerusi ditandingi PKR semasa PRU-15, hanya 29 kerusi dimenangi parti berkenaan di Semenanjung dan masing-masing satu di Sabah dan Sarawak.
“Kalau ikut formula yang ada, parti mendapat undi kedua tertinggi di kerusi parlimen yang kita kalah (PRU-15), dia akan bertanding di situ.
“Saya kira ada dalam 16 (kerusi)… jadi 29 campur 16 kita ada 45 kerusi yang boleh kita letak calon (dalam PRU-16) di Semenanjung.
“Dari mana datangnya (kemungkinan) kita boleh menang 80 kerusi?” tegasnya.
Rafizi kemudiannya mengingatkan perwakilan PKR yang hadir dalam siri jelajah itu supaya membuat penilaian betul-betul sebelum memilih pemimpin mereka.
Lelongan tuala dan selipar Jamal raih RM66,000 untuk bayar saman
Guan Eng persoal kedudukan Azam Baki berhubung isu saham
Sayap Bersekutu Bersatu pula desak Hamzah dipecat
Hamzah di Sydney, dijangka tak hadir lagi mengadap Lembaga Disiplin Bersatu esok
Ismail Sabri belum buat keputusan bertanding atau tidak dalam PRU depan: Laporan
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen