Rafizi sanggah Azam Baki berhubung penjelasan isu saham

February 12, 2026 · Politik

Bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli menyanggah penjelasan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, berhubung isu pemilikan saham yang sebelum ini mencetuskan kontroversi awam.

Dalam video dimuatnaik dalam media sosial, Rafizi mempersoalkan penjelasan Azam yang mengatakan pembelian sahamnya tidak melibatkan modal berbayar, dan menyifatkan kenyataan itu sebagai menunjukkan salah faham asas mengenai konsep saham.

“Mungkin lebih baik Azam bercuti dahulu untuk pergi balik ke kelas dan memahami mengenai saham. Saya bimbang macam mana nak mengemudi SPRM kalau isu melibatkan saham pun tak jelas,” katanya.

Isu ini timbul selepas laporan media sebelum ini menyatakan Azam memiliki saham dalam beberapa syarikat melebihi had ditetapkan untuk penjawat awam.

Mengikut Pekeliling Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam 2024, penjawat awam tidak dibenarkan memiliki saham melebihi lima peratus modal berbayar atau RM100,000 berdasarkan nilai semasa.

Azam sebelum ini menjelaskan pegangan saham tersebut diperoleh melalui pembelian di pasaran terbuka dan telah diisytiharkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Beliau juga menegaskan pegangan itu tidak melibatkan modal berbayar.

“Saya membelinya pada kadar 1.25 peratus daripada jumlah saham yang ditawarkan kepada orang awam,” katanya.

Menjawab perkara itu, Rafizi menegaskan semua saham tetap dikira sebagai modal berbayar syarikat, sama ada dibeli secara langsung atau melalui pasaran terbuka.

“Bila beli saham syarikat tersenarai, itu bermakna kita memiliki sebahagian syarikat dan ia tetap menjadi modal berbayar,” katanya.

Kontroversi pemilikan saham dalam kalangan penjawat awam bukan isu baharu.

Peraturan had pemilikan saham telah dilaksanakan sekurang-kurangnya sejak 2002 bagi mengelakkan konflik kepentingan serta memastikan integriti pentadbiran awam terpelihara.

Sementara itu, JPA memaklumkan pihaknya sedang menyemak semula peraturan berkaitan kerja sampingan dan pemilikan saham selaras dengan perubahan semasa dalam sektor kerajaan, ekonomi dan teknologi.

JPA berkata semakan dibuat bagi memastikan peraturan kekal relevan dengan keadaan semasa.

Berita berkaitan
Kawalan ketat SPRM semasa program Azam Baki, elak kekecohan berulang
10 jam lalu· Isu semasa
Perbicaraan kes Vivy Yusof dan suami ditunda ke Julai
April 13, 2026· Isu semasa
Jejak RM203 juta: Dana skandal saham dikesan ke luar negara
April 12, 2026· Isu semasa
Rafizi beri bayangan bakal ada PRK Pandan, sedia dipecat
April 11, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kes saman Rosmah: Saksi dedah wang, barang kemas bertaburan dalam serbuan Pavilion
11 jam lalu · Politik
Tangguh PRN: Mat Maslan jelaskan itu pandangan peribadi
14 jam lalu · Politik
Rosmah nafi hilangkan barang kemas dari Lubnan
15 jam lalu · Politik
AMK Johor cadang tangguh PRN, fokus bantu rakyat hadapi krisis
April 13, 2026 · Politik
Mat Maslan cadang tangguh PRN Johor, Melaka
April 13, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok