Rampasan dadah RM8.67 juta di Pulau Pinang, sindiket antarabangsa ditumpaskan

November 10, 2025 · Isu semasa

Satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang dipercayai mengendalikan penghantaran ganja dari Thailand berjaya dibongkar pihak polis dengan rampasan dadah bernilai RM8.67 juta dalam dua serbuan berasingan di Bukit Mertajam pada Selasa lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail, mengesahkanlapan individu, termasuk seorang warga United Kingdom dan sepasang suami isteri, telah ditahan dalam operasi yang dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Pulau Pinang minggu lepas.

Menurut Azizee, serbuan pertama di sebuah inap desa di Perda membawa kepada penahanan enam lelaki, manakala pasangan suami isteri itu ditahan di tepi jalan di kawasan sama.

“Turut dirampas 17 bagasi berisi dadah jenis bunga ganja. Anggaran keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan oleh 500,000 penagih,” kata beliau semasa sidang media di IPK Pulau Pinang.

“Rampasan ini adalah yang terbesar di Pulau Pinang bagi tahun ini, dengan nilai keseluruhan dadah dan harta yang disita mencecah RM8.88 juta,” tambahnya.

Siasatan mendedahkan premis inap desa berkenaan dijadikan pusat penyimpanan dan pembungkusan semula dadah.

Pasangan suami isteri yang juga pemilik restoran disyaki sebagai dalang utama.

“Kita percaya sindiket ini menggunakan laluan darat Pantai Timur untuk membawa dadah dari Thailand, dan Pulau Pinang dijadikan lokasi transit sebelum diedarkan ke pasaran antarabangsa,” ujar Azizee.

Kesemua suspek yang berusia antara 20 hingga 37 tahun direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mandatori mati jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
21 jam lalu· Isu semasa
SPRM buka semula tujuh kes FELDA, ada maklumat baharu
September 2, 2026· Isu semasa
Pesara hilang RM1.4 juta akibat phone scam
September 2, 2026· Isu semasa
Rayuan Rosmah terhadap kes solar bermula minggu ini
August 31, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
3 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
16 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
20 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
20 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok