Rayuan akhir bekas menteri Sabah ditolak, Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara

August 20, 2025 · Isu semasa

Bekas menteri pembangunan infrastruktur sabah, Peter Anthony, gagal dalam rayuan terakhirnya untuk membatalkan sabitan kesalahan pemalsuan dokumen.

Susulan keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengakibatkan tertuduh perlu menjalani hukuman penjara tiga tahun seperti diputuskan sebelumnya.

Keputusan itu dibuat oleh Panel Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Azman Abdullah, bersama Hakim Noorin Badaruddin dan Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz.

Mereka bersetuju menolak rayuan Peter setelah memutuskan tiada keperluan untuk mengubah keputusan mahkamah rayuan yang terdahulu.

“Kami mendapati tiada ketidakadilan berlaku kerana semua isu telah dibahaskan secara meluas dalam perbicaraan sebelumnya. Ketiadaan sebutan isu tertentu dalam penghakiman ringkas tidak bermakna ia tidak dipertimbangkan,” jelas Hakim Azman.

Kes ini berpunca daripada tuduhan pemalsuan dokumen yang dilakukan Peter ketika beliau menjadi Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd pada tahun 2014.

Syarikat itu dilantik untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pada tahun 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 ke atas Peter selepas mendapati beliau bersalah memalsukan surat daripada pejabat Timbalan Naib Canselor UMS.

Isu utama dalam rayuan ini berkaitan dengan laporan polis yang dibuat oleh saksi pendakwaan, Shukor Din, pada Ogos 2018.

Shukor mendakwa kenyataannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2017 adalah tidak benar dan dibuat di bawah tekanan.

Peguam Peter, Haniff Khatri Abdulla, berhujah laporan polis ini tidak dipertimbangkan sepenuhnya oleh panel terdahulu.

Namun, pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin menegaskan semua bukti telah dibahaskan secara teliti dalam perbicaraan sebelumnya.

Status Peter sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap kini dalam pertimbangan. Speaker DUN Sabah, Kadzim Yahya, menyatakan keputusan mengenai kerusi ADUN akan dibuat setelah semua proses rayuan selesai.

Dengan keputusan ini, Peter telah menggunakan semua saluran rayuan yang tersedia dan perlu menjalani hukuman penjara yang dijatuhkan.

Berita berkaitan
SPRM jejak dokumen pelaburan KWAP di tiga negara
11 jam lalu· Isu semasa
Kes tender PDRM: Saksi dedah bekas pegawai Hamzah rasa kecewa berhubung bayaran RM2 juta
July 23, 2026· Isu semasa
Perbicaraan Vivy Yusof: Saksi beritahu RM8 juta masuk dipindahkan ke akaun lain
July 20, 2026· Isu semasa
Zizie Izette bebas tuduhan rasuah RM2.8 juta
July 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
PRN NS: Waspada maklumat palsu menjelang hari pengundian
4 jam lalu · Isu semasa
Malaysia kini hanya 7.1 peratus lagi ke status negara berpendapatan tinggi
8 jam lalu · Isu semasa
38 Pusat undi awal PRN Negeri Sembilan ditutup
8 jam lalu · Isu semasa
560 kes kandungan memudaratkan berjaya diselesaikan MCMC
9 jam lalu · Isu semasa
Polis panggil sanusi, pemimpin UMNO bantu siasatan
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
10 jam lalu
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
July 27, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok