Reformasi ekonomi berhasil, penjimatan kerajaan dikembalikan kepada rakyat: Fahmi

October 10, 2025 · Isu semasa

Kejayaan usaha reformasi kerajaan, termasuk pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel dan RON95, membuahkan hasil apabila penjimatan yang diperoleh disalurkan semula untuk manfaat rakyat melalui pelbagai program kebajikan dalam Belanjawan 2026.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan pendekatan urus tadbir yang baik dan pengurusan kewangan berhemah yang diamalkan kerajaan menjadi pemangkin kepada kemampuan tersebut.

“Dengan tata kelola dan urus tadbir yang baik termasuk mengurangkan ketirisan, mengelak pembaziran serta melaksanakan penyasaran semula subsidi, penjimatan-penjimatan ini akhirnya dapat dikembalikan kepada rakyat,” katanya selepas pembentangan Belanjawan di Parlimen hari ini.

Ujarnya lagi, inisiatif seperti kesinambungan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan bantuan awal persekolahan adalah bukti nyata manfaat tersebut sampai kepada mereka yang memerlukan.

Fahmi turut menekankan peranan penting tindakan tegas penguat kuasa dalam memerangi kegiatan penyeludupan, yang menyumbang secara signifikan kepada penjimatan negara.

“Seperti yang disebut oleh Perdana Menteri, jumlah ketirisan akibat penyeludupan amat besar, mencecah RM15.5 bilion pada tahun lalu dan tahun ini.

“Sebahagian daripada penjimatan ini dipulangkan semula kepada rakyat melalui pelaksanaan pendidikan percuma kepada pelajar yang menepati kriteria tertentu di bawah PTPTN,” tambahnya.

Dalam bidang komunikasi, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 bilion melalui Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (MCMC) untuk projek penting Sambungan Kabel Dasar Laut Madani (SALAM).

“Tujuannya adalah bagi menggantikan serta menambah baik kesalinghubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” jelas Fahmi mengenai inisiatif yang akan menggantikan sistem kabel sedia ada.

Peruntukan lain yang diketengahkan termasuk pembangunan ‘sovereign cloud’ oleh MCMC serta dana untuk penghasilan kandungan kreatif melalui MyCreative Ventures dan FINAS.

Fahmi berkata akan meneliti teks penuh belanjawan untuk memahami sepenuhnya setiap perancangan yang diumumkan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Berita berkaitan
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
4 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tubuh Tabung Pos RM150 juta, beroperasi awal 2027: Fahmi
12 jam lalu· Isu semasa
Duti hiburan dikecualikan, tiket filem tempatan dijangka murah: Fahmi
18 jam lalu· Isu semasa
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
October 8, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pemuda Melayu didakwa terlibat ritual bukan Islam disiasat: Zulkifli
9 jam lalu · Isu semasa
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
9 jam lalu · Isu semasa
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
12 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin membimbangkan, tiada kawasan catat IPU sihat
15 jam lalu · Isu semasa
Hantaran KWSP RM100,000 warnai pernikahan Syed Saddiq, Bella
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok