Ramalan cuaca.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Perak dan Selangor sehingga 1 tengah hari ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan kawasan dijangka terjejas ialah Langkawi, Kedah manakala di Perak melibatkan Kerian; Larut, Matang dan Selama; Manjung; Bagan Datuk serta Hilir Perak.
Cuaca sama diramal di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang di Selangor.
Orang awam diingatkan sentiasa berwaspada dengan kemungkinan berlaku hujan lebat serta tiupan angin kuat yang berpotensi mengakibatkan banjir kilat dan kerosakan sementara di kawasan terlibat. – Bernama
Bantahan terhadap Trump bergema di Dataran Merdeka
Kemasukan Timor-Leste sebagai ahli ASEAN ke-11, langkah bersejarah untuk serantau
Trump tiba di Malaysia, naik ‘The Beast’ bersama Anwar
Rakyat Malaysia berkunjung ke Timor-Leste boleh guna khidmat 4G disedia syarikat tempatan
Pertemuan Anwar dengan Presiden FIFA buka lembaran baharu untuk bola sepak tempatan
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa