Tiga negeri utara tanahair dilanda banjir, mangsa dipindah meningkat

October 24, 2025 · Isu semasa

Seramai 2,355 mangsa banjir daripada 819 keluarga terpaksa meninggalkan rumah mereka dan ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di negeri Perak, Kedah, dan Pulau Pinang.

Berdasarkan data terkini daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Perak mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 2,200 orang daripada 770 keluarga yang memerlukan bantuan segera di 22 PPS.

Daerah Larut, Matang, Selama dan Manjung antara yang paling terjejas.

Sementara itu di Kedah, mangsa banjir dilapor meningkat kepada 258 orang daripada 90 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah.

Jumlah itu dilaporkan setakat jam 8 pagi hari ini, dengan Kulim paling ramai menempatkan mangsa banjir iaitu 206 orang daripada 66 keluarga manakala PPS di SJK (C) Chong Cheng di Tanjung Dawai, Kuala Muda menempatkan 52 mangsa daripada 24 keluarga.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kedah dalam kenyataan berkata, PPS Surau Taman Sang Kancil yang dibuka jam 11 malam tadi menempatkan 88 mangsa daripada 26 keluarga, manakala PPS Dewan Kampung Paya Tok Betok yang dibuka jam 10 malam tadi menempatkan 16 mangsa daripada tiga keluarga.

PPS di SJK (C) Khai Min yang dibuka jam 11 malam tadi menempatkan 102 mangsa daripada 67 keluarga.

“Mangsa banjir di daerah Kulim membabitkan tiga mukim iaitu Lunas, Sungai Ular dan Karangan.

“Semuanya adalah penduduk dari Kampung Sungai, Kampung Paya Tok Betok, Kampung Seberang Jaya, Kampung Kamuting dan Banggol Penyengat,” katanya.

Mangsa banjir yang ditempatkan di SJK (C) Tanjung Dawai adalah dari Kampung Huma susulan air pasang besar yang melanda sejak 22 Oktober lalu.

Laman web Info Public Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan, aras air di dua sungai di Kedah melepasi tahap bahaya iaitu di daerah Baling dan Pendang manakala tiga sungai masing-masing di Sik, Pokok Sena dan Bandar Baharu sudah melepasi tahap amaran.

Sementara itu di Pulau Pinang, satu PPS telah dibuka di Balik Pulau, menempatkan 22 penduduk daripada sembilan keluarga.

Kejadian ini berpunca daripada hujan lebat berterusan yang melanda beberapa kawasan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan berterusan di beberapa kawasan sehingga tengah hari ini.

Operasi bantuan dan pemantauan masih diteruskan bagi memastikan keselamatan semua mangsa yang terjejas.

Berita berkaitan
Gempa 6.8 gegar perairan Sabah, rekod terkuat sejak 2015
February 23, 2026· Isu semasa
Cuaca panas berterusan di utara semenanjung hingga Selasa depan: MetMalaysia
February 4, 2026· Isu semasa
Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga malam ini: Laporan
December 28, 2025· Isu semasa
Banjir dijangka landa Pasir Mas, Tumpat mulai malam ini: JPS
December 26, 2025· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Suami pelakon dituduh di mahkamah tipu urusan tanah dan gelaran
March 11, 2026 · Isu semasa
Ambil tindakan tegas juga terhadap pihak bertindak ganas: Akmal Saleh
March 11, 2026 · Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM3.92, ekonomi negara berdaya tahan
March 11, 2026 · Isu semasa
AI hanya alat, bukan pengganti pengkarya: Fahmi
6 jam lalu · Isu semasa
MP DAP gesa tindakan tegas berhubung isu hina simbol agama
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok