Ringgit mengukuh, dibuka tinggi berbanding dolar: Laporan

July 2, 2025 · Isu semasa

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, disokong oleh kelemahan berterusan dolar AS ekoran ketidaktentuan dasar fiskal dan kebimbangan terhadap risiko tarif di negara itu yang menjejaskan sentimen pelabur.

Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.1870/2065 berbanding dolar AS, berbanding 4.1995/2005 ketika ditutup semalam.

Pada masa sama, Indeks Dolar AS (DXY) turut mencatat penurunan kepada 96.819, menandakan tekanan jualan terhadap mata wang tersebut di pasaran global.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata penurunan dolar AS mencerminkan kebimbangan pasaran terhadap hala tuju dasar fiskal Amerika, termasuk langkah pengurangan cukai dan perbelanjaan kerajaan.

“Langkah pengurangan cukai dan pengurangan seterusnya terhadap perbelanjaan sosial berpotensi menjejaskan prospek pertumbuhan ekonomi AS,” katanya ketika dihubungi.

Dalam dagangan awal, ringgit turut menunjukkan prestasi positif berbanding beberapa mata wang utama dunia.

Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 2.9186/9324 daripada 2.9351/9389 ketika ditutup semalam, dan turut mengukuh berbanding pound British kepada 5.7555/7823 daripada 5.7797/7866.

Bagaimanapun, ringgit menyusut sedikit berbanding euro kepada 4.9423/9654 daripada 4.9566/9625 semalam.

Berbanding mata wang serantau, unit domestik turut mencatat prestasi memberangsangkan.

Ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 258.4/259.7 daripada 258.9/259.4 semalam, dan lebih tinggi berbanding peso Filipina kepada 7.43/7.47 daripada 7.45/7.46.

Unit tempatan juga lebih stabil berbanding dolar Singapura kepada 3.2899/3057 daripada 3.3015/3059, dan diniagakan lebih tinggi berbanding baht Thailand kepada 12.8930/9630 daripada 12.9363/9585 semalam. – Bernama

Berita berkaitan
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
August 24, 2026· Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi, cecah RM4.04 berbanding dolar
August 20, 2026· Isu semasa
Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS
August 10, 2026· Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
July 27, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
2 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
15 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
19 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
19 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok