Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS

August 10, 2026 · Isu semasa

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin selepas data pekerjaan sektor bukan pertanian (NFP) negara itu menunjukkan pasaran tenaga kerja yang lebih lemah daripada jangkaan.

Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0875/0925 berbanding dolar AS, daripada 4.0885/0930 ketika ditutup pada Jumaat lalu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, data NFP bagi Julai mencatat penurunan sebanyak 23,000 pekerjaan, jauh berbeza daripada jangkaan pasaran sebanyak 88,000 pekerjaan baharu.

Beliau berkata, Kadar Penyertaan Tenaga Kerja (LFPR) AS turut merosot untuk bulan kelapan berturut-turut kepada 61.4 peratus, manakala pertumbuhan Purata Pendapatan Mengikut Jam meningkat secara sederhana pada kadar 3.2 peratus pada Julai.

“Perkembangan ini menunjukkan pasaran tenaga kerja AS tidak begitu kukuh.

“Oleh itu, kemungkinan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada September menurun kepada 43.9 peratus berbanding 57 peratus sebelum laporan NFP dikeluarkan,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya, sentimen pasaran turut dipengaruhi ketidaktentuan berkaitan pembukaan semula Selat Hormuz, yang masih menjadi faktor sukar dijangka.

“Justeru, ringgit dijangka berada antara RM4.07 dan RM4.09 hari ini,” katanya.

Dalam dagangan awal, ringgit bagaimanapun melemah berbanding beberapa mata wang utama.

Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 2.5887/5920 daripada 2.5813/5843, manakala berbanding euro ia turun kepada 4.7239/7297 daripada 4.7132/7184.

Mata wang tempatan turut merosot berbanding pound Britain kepada 5.5140/5208 daripada 5.4949/5010.

Bagi mata wang serantau, ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1966/2008 daripada 3.1911/1949 dan lebih rendah berbanding baht Thailand kepada 12.3732/3944 daripada 12.3665/3843.

Ringgit pula berubah sedikit berbanding peso Filipina pada 6.70/6.72 berbanding 6.71/6.72 sebelum ini, manakala berbanding rupiah Indonesia ia tidak berubah pada 228.4/228.7.

Pergerakan ringgit ketika ini turut dipengaruhi jangkaan terhadap dasar monetari AS, perkembangan ekonomi global serta sentimen pasaran terhadap risiko geopolitik.

Berita berkaitan
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS
September 9, 2026· Isu semasa
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
August 24, 2026· Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi, cecah RM4.04 berbanding dolar
August 20, 2026· Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
July 27, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Saifuddin: Polis buka kertas siasatan, dakwaan Ismail dipaksa jadi perhatian
September 14, 2026 · Isu semasa
DKU: Tuanku Muhriz kekal bertakhta, proklamasi penurunan tak sah
September 14, 2026 · Isu semasa
FGV lantik firma audit bebas, semak isu tadbir urus
1 jam lalu · Isu semasa
Saifuddin mahu elaun RELA RM8 disemak segera
4 jam lalu · Isu semasa
Lawatan sulung PMX ke Maldives beri momentum baharu hubungan dua hala: Bernama
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok