Bank Negara Malaysia.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$124.3 bilion setakat 15 Disember 2025.
BNM dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, paras rizab itu mencukupi untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan merupakan 0.9 kali ganda jumlah hutang luar jangka pendek.
“Komponen utama rizab tersebut ialah rizab mata wang asing (AS$109.9 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.9 bilion), emas (AS$4.8 bilion), dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion),” katanya.
Jumlah aset berjumlah RM610.57 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM523.37 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.42 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM905.07 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM28.28 bilion), tanah, bangunan dan aset tetap lain (RM4.57 bilion), dan aset lain (RM40.02 bilion).
“Jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM610.57 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM204.29 bilion), mata wang dalam edaran (RM175 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM110.97 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM13.84 bilion), deposit lain (RM65.55 bilion), kertas Bank Negara (RM9.34 bilion), peruntukan SDR (RM27.88 bilion), dan liabiliti lain (RM3.61 bilion),” katanya. – Bernama
PMX mahu tatakelola tanah diperkukuh, pencerobohan dibendung
Subsidi kerajaan turun 40 peratus, bantuan untuk rakyat melonjak
Muhyiddin gesa siasatan telus tragedi Irene Sofiya
Kerangka baharu bagi graduan hadapi dunia kerja era AI: MCMC
Pesara rugi lebih RM300,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian: Bernama
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum