RM9.3 juta kerugian akibat kecurian dan vandalisme menara telekomunikasi di Sarawak

November 12, 2025 · Isu semasa

Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama-sama pembekal perkhidmatan sedang mempergiat kerjasama dengan pihak penguatkuasaan dan komuniti setempat bagi menangani isu kecurian dan vandalisme menara telekomunikasi yang telah mengakibatkan kerugian bernilai jutaan ringgit.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching memberitahu di Dewan Rakyat bagi tahun 2024, Sarawak mencatatkan tiga kes kecurian dan 1,116 kes vandalisme dengan jumlah kerugian mencecah RM9.3 juta.

“Bagi Parlimen Mas Gading pula, sebanyak tiga kes kecurian dan 24 kes vandalisme telah direkodkan dengan jumlah kerugian sekitar RM110,463.60,” jelas Fahmi kepada pertanyaan Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol, di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut mendedahkan statistik terkini untuk tahun 2025 sehingga suku kedua, di mana Sarawak sudah merekodkan 33 kes kecurian dan 334 kes vandalisme, melibatkan kerugian bernilai RM3.48 juta.

“Di Parlimen Mas Gading, terdapat sebanyak empat kes kecurian dan 10 kes vandalisme dengan jumlah kerugian dicatatkan sebanyak RM74,341.14,” tambahnya lagi.

Sebagai langkah proaktif, Fahmi menyatakan pihaknya telah melaksanakan beberapa inisiatif keselamatan di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

“Pemberi perkhidmatan telah mengambil langkah memperkasa tapak menara komunikasi yang berisiko dengan pemasangan kelengkapan anti-kecurian seperti sesalur besi, pagar keselamatan tambahan, serta kunci di kabinet peralatan,” katanya lagi.

Bagi kawasan berisiko tinggi, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), sistem penggera, dan peranti pengesan turut dilaksanakan untuk mengesan sebarang pencerobohan dengan serta-merta.

Di samping itu, satu kerangka kerja operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sedang dirangka.

“Operasi ini akan melibatkan aktiviti lawatan ke premis perniagaan atau pusat pengumpulan barang lusuh yang berpotensi menjadi tempat pelupusan barangan curi seperti kabel tembaga dan bateri,” ujar Nie Ching.

Usaha komprehensif ini diharap dapat melindungi aset telekomunikasi yang kritikal dan memastikan kelancaran perkhidmatan digital untuk rakyat.

Berita berkaitan
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
7 jam lalu· Isu semasa
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
8 jam lalu· Isu semasa
Jangan serah keselamatan digital anak kepada platform semata-mata
18 jam lalu· Isu semasa
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
18 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
14 jam lalu · Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
14 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
14 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
14 jam lalu · Isu semasa
23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok