Rundingan jumlah kerusi BN pada PRN Sabah hampir selesai: Zahid

November 4, 2025 · Politik

Barisan Nasional (BN) dijangka memuktamadkan jumlah kerusi yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak lama lagi, menurut Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata pengumuman rasmi mengenai perkara itu akan dibuat di Kota Kinabalu pada minggu depan.

Ketika ditanya sama ada BN akan bertanding dengan jumlah kurang daripada 48 kerusi, Zahid meminta semua pihak bersabar menunggu pengumuman nanti.

“Saya akan mengumumkannya apabila saya terbang ke Kota Kinabalu minggu depan,” katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri selepas majlis perasmian Festival Idea (FOI) Putrajaya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Dalam perkembangan lain, Zahid turut mendedahkan 80 peratus calon yang akan diketengahkan oleh BN merupakan muka baharu.

Beliau berkata, langkah ini menunjukkan kesungguhan parti untuk melakukan pembaharuan serta menarik sokongan pengundi muda di Sabah.

Mengenai kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), Zahid mengesahkan undingan pembahagian kerusi antara kedua-dua blok itu kini mencapai 95 peratus kesempurnaan.

“Hanya beberapa perkara teknikal sahaja yang masih dalam perbincangan,” jelasnya.

Pilihan Raya Negeri Sabah telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 29 November ini, manakala penamaan calon adalah pada 15 November dan pengundian awal pada 25 November.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mempunyai seramai 73 ahli.

Berita berkaitan
10 Komitmen Utama Manifesto PH Negeri Sembilan
1 jam lalu· Rencana
Manifesto: PH tawar 30,000 pekerjaan, 20,000 rumah mampu milik di NS
1 jam lalu· Rencana
UMNO jamin tiada ‘tebuk atap’ hingga PRU16
2 jam lalu· Politik
Akmal pertahan penyatuan parti Melayu selepas disindir UMNO cium ‘tapak kaki’
4 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Marzuki dakwa UMNO jatuhkan kerajaan Muhyiddin
8 jam lalu · Politik
PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah
8 jam lalu · Politik
Kamil: Saya cuma ikut PM jalankan tugas rasmi, dakwa jadi mangsa fitnah
8 jam lalu · Politik
AMK Selangor gesa PH kaji semula kerjasama dengan BN
11 jam lalu · Politik
Aziz Bari: Siapa halang KJ masuk bertanding PRN Negeri Sembilan?
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok