Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said.
Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik masih berada di peringkat kajian yang mendalam dan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sebelum dibentangkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, memaklumkan parameter dasar bagi rang undang-undang tersebut masih diteliti.
“Parameter dasar bagi RUU Pendanaan Politik masih dalam peringkat penelitian dan ia akan dirujuk terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas untuk pertimbangan,” jelas Azalina dalam satu jawapan bertulis di laman web Parlimen.
Proses pembangunan rang undang-undang ini melibatkan libat urus yang meluas.
Setakat ini, sebanyak 18 sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan telah diadakan, melibatkan kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
Sesi-sesi tersebut telah menyertakan wakil-wakil parti politik, Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK), dewan perdagangan, persatuan perniagaan, badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan belia.
“Pelaksanaan sesi libat urus di peringkat negeri akan diteruskan bagi mendapatkan pandangan dan input daripada akar umbi terhadap cadangan dasar undang-undang ini,” tambah Azalina.
Maklum balas yang diterima setakat ini merangkumi pelbagai aspek seperti cadangan pendanaan awam kepada parti politik, kewajipan mendedahkan laporan kewangan kepada umum, had sumbangan, serta kategori penderma yang dibenarkan dan dilarang.
Di samping itu, satu kajian persepsi umum mengenai RUU ini sedang giat dijalankan oleh satu pasukan pengkaji yang dianggotai ahli akademik dari universiti awam, diketuai oleh penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), serta wakil NGO dan organisasi masyarakat sivil (CSO).
Kajian yang dijangka siap pada Disember ini dijadualkan berlangsung selama empat bulan.
RUU Pendanaan Politik digubal bagi menangani risiko rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan ahli politik.
Berita baik untuk rakyat, bantuan SARA akan dinaikkan pada masa terdekat
Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai
Festival Sungai Melaka cipta dua rekod Malaysia Book of Records
MCMC rekod lebih 377,000 permohonan turunkan kandungan bahaya tahun ini
Malaysia tegas pertahan kedaulatan, bantah campur tangan Ahli Kongres AS: Fahmi
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil