Saifuddin Abdullah dipecat daripada Bersatu, tiada disiplin dalam parti

January 6, 2026 · Politik

Parti Bersatu hari ini mengesahkan pemecatan Saifuddin Abdullah daripada keahlian parti, berkuat kuasa serta-merta susulan beberapa tindakannya yang mencalarkan imej parti dan lantang mengkritik pemimpin parti.

Keputusan itu sekali gus menamatkan kedudukannya sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, ia ekoran tindakan Ahli Parlimen Indera Mahkota tersebut yang sering mengkritik pemimpin parti secara terbuka.

Menurut sepucuk surat Lembaga Tatatertib Bersatu yang bertarikh hari ini, tindakan tersebut diputuskan dalam satu mesyuarat yang berlangsung semalam.

Surat berkenaan menyatakan Saifuddin didapati melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti, namun tidak memperincikan secara terperinci kesalahan yang didakwa dilakukan.

Langkah disiplin berkenaan tepat pada masanya susulan Saifuddin sering tidak menggunakan saluran dalaman parti bagi menyuarakan pandangan dan sering mengkritik Presiden, Muhyiddin Yassin secara terbuka.

Menurut laporan media, Saifuddin mengesahkan beliau telah menerima surat pemecatan tersebut.

“Saya sahkan keahlian saya dalam Bersatu telah ditamatkan dan saya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan ini,” katanya ringkas.

Setakat ini, pihak kepimpinan Bersatu belum mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung sebab khusus pemecatan itu, selain merujuk kepada pelanggaran perlembagaan parti.

Terdahulu pada 14 Oktober 2025, Wan Saiful Wan Jan dipecat daripada Bersatu oleh Lembaga Tatatertib parti kerana didapati melanggar perlembagaan dan kod etika parti, sementara Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pula digantung keahliannya selama satu penggal.

Bersama Wan Saiful empat ketua bahagian juga dipecat dalam tindakan disiplin yang sama.

Keputusan itu dibuat oleh lembaga disiplin yang mendapati terdapat pelanggaran terhadap peraturan parti.

Berita berkaitan
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
11 jam lalu· Politik
PAS bakal umum kerjasama dengan Hamzah selepas ‘ceraikan’ Bersatu
15 jam lalu· Politik
Perpecahan pembangkang kerana berebut kuasa, tiada kaitan dengan PMX: Kamil Munim
June 11, 2026· Politik
Hadi sahkan PAS cerai Bersatu kerana halang kumpulan Hamzah sertai PN
June 11, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
2 jam lalu · Politik
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
2 jam lalu · Politik
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
6 jam lalu · Politik
Rumah Jamal disita: 14 barang akan dilelong 22 Jun
6 jam lalu · Politik
Fahmi kesal MP Petaling Jaya letak jawatan MPP PKR secara terburu-buru
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok