Saifuddin Nasution akan bawa usul gantung Takiyuddin enam bulan di Dewan Rakyat

December 3, 2025 · Politik

Senator, Saifuddin Nasution Ismail dijangka membawa usul untuk menggantung Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan selama enam bulan di Dewan Rakyat, susulan kenyataannya yang mengaitkan insiden latihan Maritim Malaysia di Masjid Rusila dengan peristiwa Memali.

Usul itu disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) yang dimuat naik di laman web Parlimen malam tadi, namun belum dipastikan sama ada ia akan dibentangkan Menteri Dalam Negeri itu pada sesi hari ini atau esok.

Dalam dokumen berkenaan, Takiyuddin didakwa mengaitkan latihan taktikal Maritim Malaysia sebagai satu bentuk serangan dan cubaan menakutkan rakyat, sehingga menimbulkan imej negatif terhadap agensi itu.

Menurut kertas usul tersebut, beberapa pihak termasuk ADUN Batu Buruk dan Ahli Parlimen Marang sudah dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia mengenai status sebenar kejadian itu sebagai “Latihan Pelarian dan Pelolosan Kursus Asas Komando STAR Team Maritim Malaysia.”

Pihak berkuasa juga menjelaskan latihan tersebut memang dirancang dan bukan insiden luar kawalan.

Namun, Takiyuddin tetap membangkitkan isu itu dalam Dewan Rakyat pada 22 Oktober, yang menurut usul tersebut, “tidak menggambarkan tujuan sebenar latihan dan menimbulkan persepsi salah terhadap anggota Maritim Malaysia.”

Dokumen itu turut menyebut tindakan tersebut “mencalarkan imej Maritim Malaysia” dan boleh menyebabkan anggota yang terlibat “dipandang serong berdasarkan tuduhan tidak berasas.”

Maritim Malaysia sebelum ini turut menegaskan anggotanya bekerja keras menjaga keselamatan perairan negara, termasuk membanteras penyeludupan, pencerobohan kapal asing, dadah dan ancaman lanun.

Sehubungan itu, usul berkenaan menyifatkan dakwaan Takiyuddin sebagai satu tindakan yang boleh “membangkitkan perasaan melawan kuasa kerajaan.”

Dalam nada tegas, kandungan usul itu menyatakan: “Kota Bharu telah mengeluarkan kenyataan serius yang menjatuhkan martabat anggota Maritim Malaysia yang bertungkus-lumus menjaga keselamatan negara.”

Sekiranya usul ini diluluskan, ia bakal menjadi satu lagi langkah disiplin ketara terhadap ahli Parlimen yang didakwa menyebarkan maklumat mengelirukan dalam Dewan Rakyat.

Berita berkaitan
PDRM mohon Interpol keluar notis merah jejak Tamim Dahri
July 15, 2026· Isu semasa
Guan Eng persoal keputusan rahsiakan rekod saham Azam Baki
July 8, 2026· Politik
Azalina jelaskan status dokumen siasatan saham Azam Baki
July 8, 2026· Politik
RM429 juta peruntukan untuk polis, imigresen dan penjara Johor: Saifuddin Nasution
July 4, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
UMNO jamin tiada ‘tebuk atap’ hingga PRU16
2 jam lalu · Politik
Akmal pertahan penyatuan parti Melayu selepas disindir UMNO cium ‘tapak kaki’
4 jam lalu · Politik
Marzuki dakwa UMNO jatuhkan kerajaan Muhyiddin
8 jam lalu · Politik
PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah
8 jam lalu · Politik
Kamil: Saya cuma ikut PM jalankan tugas rasmi, dakwa jadi mangsa fitnah
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok