Saifuddin Nasution harap Nik Nazmi tak ikut jejak Rafizi, kembali jadi menteri

June 28, 2025 · Politik

Pengarah Pilihan Raya Bersama PKR, Saifuddin Nasution Ismail, masih mengharapkan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad menimbangkan semula keputusannya berundur dari Kabinet.

Saifuddin berkata masih ada ruang untuk Nik Nazmi memikirkan semula keputusan pengunduran itu kerana kebolehan dan pengalaman beliau masih diperlukan dalam pentadbiran kerajaan.

“Saya mengenali Nik sangat lama, masa saya Timbalan Ketua Pemuda, saya sangat kenal dia, seorang yang sangat berbakat, intelektual orangnya.

“Sistematik gerak kerjanya, namun dia pun memilih untuk berundur dan cutinya berakhir 4 Julai ini. Ada ruang sedikit ini, saya masih lagi berhasrat untuk beliau kembali menjawat kedudukannya.

“Saya percaya Nik masih lagi ada ruang untuk menimbang dan memikirkannya. Saya masih boleh buat rayuan yang sama kerana saya tidak menyebelahi mana-mana DAMAI atau HIRUK,” katanya dalam temu bual bersama BH dan TV3, semalam.

Nik Nazmi yang dikaitkan dengan kem bekas timbalan presiden, Rafizi Ramli turut gagal mempertahankan kedudukannya sebagai Naib Presiden PKR pada pemilihan parti bulan lalu. Sebelum itu, beliau turut gagal mempertahankan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Setiawangsa.

Susulan kekalahan dalam pemilihan di peringkat cabang dan Pusat itu, Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, pada 28 Mei lalu memaklumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang berkuat kuasa mulai 4 Julai ini.

Tindakan peletakan jawatan itu diumumkan Nik Nazmi sebagai menyusuli langkah Rafizi yang mengosongkan kedudukan sebagai Menteri Ekonomi susulan kekalahan pada pemilihan PKR.

Saifuddin yang juga Setiausaha Pakatan Harapan (PH) berkata, harapan beliau agar Nik Nazmi agar mempertimbangkan semula keputusan peletakan jawatan itu adalah selaras keterbukaan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Susulan pengumuman peletakan jawatan kedua-dua pemimpin PKR itu, Perdana Menteri meminta Rafizi dan Nik Nazmi memikirkan secara masak-masak sebelum melepaskan kedudukan mereka dalam Kabinet.

Namun, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan kekal melepaskan jawatan dalam Kabinet, berkuat kuasa 17 Jun lalu.

Mengulas mengenai ‘pemergian’ Rafizi dari Kabinet, Saifuddin berkata, beliau menghormati jalan dipilih bekas Menteri Ekonomi itu, namun masih mengekalkan komunikasi bersamanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin Nasution berkata, sebagai ‘orang lama’ dalam PKR, beliau akan terus memainkan peranan untuk ‘mengharmonikan’ hubungan sesama pemimpin dalam parti.

“Saya sampai saat akhir (sebelum berlangsungnya pemilihan) kerap mendampingi Nurul Izzah dan Rafizi, malah beberapa jam sebelum bertolak ke Johor pun, saya undang mereka ke rumah dan berbincang selama tiga jam dari hati ke hati.

“Pelbagai perkara yang saya lihat, ada titik temu dan ada perbezaan. Saya boleh mainkan peranan itu sebagai orang lama bagi kedua-dua mereka dan akan terus memainkan peranan saya itu.

“Saya tidak peduli malap atau cerah (kedudukan dalam parti) atau jawatan tinggi… saya takrifkan kejayaan saya dalam parti apabila kekal istiqamah dan sumbangan signifikan dalam parti,” katanya.

Lagi Politik terkini
PN bakal muktamad pindaan perlembagaan minggu depan: Muhyiddin
16 jam lalu · Politik
Bos Mydin bidas Ahli Parlimen DAP: “Lu Siapa?”
21 jam lalu · Politik
PAS sudah ada calon Pengerusi PN: Hadi
21 jam lalu · Politik
Laporan: PAS gagal kemuka calon baharu pengerusi PN?
January 23, 2026 · Politik
PAS ragui cadangan ‘kolaborasi agung’ dibawa UMNO, enggan menyokong
January 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok