Saifuddin sahkan KDN lulus 23 nama pemain bola sepak jadi warganegara

October 9, 2025 · Isu semasa

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan sejumlah 23 pemain bola sepak telah diluluskan untuk menjadi warganegara Malaysia melalui naturalisasi sepanjang tempoh perkhidmatannya, kata Saifuddin Nasution Ismail.

Menteri Dalam Negeri itu berkata keputusan kelulusan dibuat selaras dengan Perkara 19 dalam Perlembagaan Persekutuan, yang membenarkan kerajaan mempertimbangkan permohonan kerakyatan daripada warganegara asing dengan setiap permohonan dinilai berdasarkan tiga rukun utama.

“Pemohon itu sendiri mesti memohon dan tidak boleh melalui ejen. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak pernah menggunakan khidmat ejen,” jelasnya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

“Pemohon perlu bermastautin di Malaysia dalam satu tempoh tertentu, mempunyai kelakuan yang baik, serta memiliki pemahaman terhadap bahasa Melayu yang mencukupi,” tambahnya.

Terdahulu, media melaporkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama tujuh pemain kebangsaan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

FAM didapati menyerahkan dokumen dipalsukan dalam urusan kesahihan kelayakan pemain bagi membolehkan mereka diturunkan dalam perlawanan rasmi.

Tujuh pemain terbabit ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui serta Hector Alejandro Hevel Serrano.

Kesemua mereka beraksi ketika perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun lalu, yang kemudian mengundang aduan rasmi kepada FIFA berhubung status kelayakan beberapa pemain berkenaan.

Hasil siasatan, Jawatankuasa Tatatertib FIFA memutuskan FAM perlu membayar denda sebanyak CHF350,000 (RM1.8 juta).

Setiap pemain pula dikenakan denda CHF2,000 (RM10,560) dan digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan, berkuat kuasa serta-merta.

FIFA turut merujuk isu kelayakan pemain terbabit untuk mewakili Malaysia kepada Tribunal Bolasepak FIFA bagi pertimbangan lanjut.

FAM dan pemain-pemain berkenaan sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu hari ini, dengan hukuman berkenaan masih boleh dirayu kepada Jawatankuasa Rayuan FIFA.

Berita berkaitan
Kabinet lulus 17 syor penambahbaikan perkukuh keselamatan KLIA: Bernama
August 20, 2026· Isu semasa
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026· Politik
Godam MyIMMs dibuat pegawai sendiri, KDN beri amaran kepada pengkhianat
August 18, 2026· Isu semasa
MCMC, Imigresen perkukuh kerjasama banteras jenayah rentas sempadan
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
12 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
16 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
16 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
17 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok