Saman fitnah: Ganti rugi Ahli Parlimen DAP dikurangkan kepada RM75,000

September 29, 2025 · Politik

Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, membayar ganti rugi sebanyak RM75,000 berbanding jumlah asal RM2 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi kepada MonSpace (M) Sdn Bhd dan pengasasnya, Jessy Lai Cha Suang, dalam kes saman fitnah.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Hakim Collin Lawrence Sequerah sebulat suara memutuskan bahawa jumlah ganti rugi RM2 juta yang ditetapkan sebelum ini adalah “keterlaluan”.

Walau bagaimanapun, panel berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Lip Eng telah memfitnah kedua-dua plaintif.

“Panel ini bersetuju dengan dapatan hakim Mahkamah Tinggi bahawa perkataan yang dipertikaian adalah bersifat fitnah dan telah mencemarkan reputasi plaintif,” kata Sequerah.

“Kenyataan yang dibuat oleh defendan adalah berdasarkan andaian semata-mata dan mendakwa plaintif telah memberi rasuah kepada pegawai kerajaan,” tambahnya.

Beliau turut menegaskan Lip Eng mengakui tidak mendapatkan penjelasan daripada plaintif sebelum membuat kenyataannya dan gagal mengemukakan sebarang dokumen untuk mengesahkan kebenaran tuduhan tersebut.

“Ia adalah satu dakwaan serius yang telah menjejaskan reputasi plaintif,” katanya lagi.

Selain mengurangkan ganti rugi, mahkamah juga menurunkan jumlah kos daripada RM250,000 kepada RM50,000.

Kes ini bermula apabila MonSpace dan Jessy memfailkan saman pada Jun 2019, mendakwa Lip Eng membuat kenyataan fitnah yang disiarkan dalam media menjalankan perniagaan haram serta menipu pelabur.

Pada 16 Mac 2023, Mahkamah Tinggi memerintahkan Lip Eng membayar ganti rugi RM2 juta, namun kemudiaannya memfailkan rayuan pada hari yang sama.

Berita berkaitan
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
9 jam lalu· Politik
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
September 20, 2026· Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
September 20, 2026· Politik
Pengampunan Najib: Loke pilih untuk berundur dari Kabinet
September 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
1 jam lalu · Politik
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
1 jam lalu · Politik
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
1 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
7 jam lalu · Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok