Pengampunan Najib: Loke pilih untuk berundur dari Kabinet

September 19, 2026 · Politik

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan memberikan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung kira-kira tiga jam di ibu pejabat parti itu hari ini.

Loke berkata, meskipun DAP mengambil pendirian tegas berhubung perkembangan itu, parti berkenaan tetap menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong berkaitan pengampunan diberikan melalui Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

“Dalam mesyuarat tadi, kita capai satu keputusan dan saya tawarkan diri saya untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.

“Ahli-ahli Jemaah Menteri daripada DAP yang lain akan kekal berada dalam kerajaan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat CEC.

Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi memastikan kestabilan Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim terus terpelihara.

Loke berkata, sekiranya semua menteri daripada DAP meninggalkan Kabinet, keadaan itu boleh memberi ruang kepada usaha pihak tertentu untuk menggugat kerajaan.

“Walaupun mereka juga bersedia pada bila-bila masa untuk meletakkan jawatan, CEC membuat keputusan mereka kekal bagi memastikan kerajaan stabil.

“Pendirian DAP diterjemahkan dengan peletakan jawatan saya sebagai menteri,” katanya.

Loke berkata beliau akan memaklumkan hasrat berkenaan kepada Perdana Menteri dan mengambil sedikit masa bagi menyelesaikan beberapa urusan di Kementerian Pengangkutan.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata DAP mengambil perhatian terhadap keputusan pengampunan bersyarat diberikan kepada Najib, khususnya syarat membabitkan tahanan di rumah.

“Belum pernah mana-mana individu yang terbabit dengan jenayah rasuah diletakkan di bawah tahanan rumah. Namun begitu, kita hormati kuasa Agong,” katanya.

Semalam, Najib diberikan pengampunan bersyarat bagi membolehkan baki hukuman penjaranya dijalani melalui tahanan di rumah.

Keputusan itu dibuat susulan mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Najib dilaporkan perlu menjalani tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 sekiranya membayar denda RM50 juta, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri turut memaklumkan pengampunan bersyarat itu boleh terbatal sekiranya syarat ditetapkan tidak dipatuhi.

Berita berkaitan
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
September 20, 2026· Politik
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
September 20, 2026· Politik
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
September 20, 2026· Politik
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
September 20, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
September 20, 2026 · Politik
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
8 jam lalu · Politik
Van polis ditempatkan di kediaman Najib mulai esok
8 jam lalu · Politik
Najib kekal di Kajang selagi denda RM50 juta belum dibayar
8 jam lalu · Politik
Bila UMNO nak lancar tabung ganti kerugian 1MDB disakau Najib? soal Pemuda Amanah
September 19, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok