Sanusi, Shahidan antara nama besar menang pemilihan PAS

September 16, 2025 · Politik

Dua tokoh utama, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dan Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim, berjaya meraih tempat dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat bagi sesi 2025-2027.

Keputusan pemilihan yang diumumkan pada Sabtu menyaksikan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, meraih undian tertinggi iaitu 1,096, diikuti Sanusi dengan 1,062 undi.

Kemenangan Shahidan dalam jawatankuasa itu juga menarik perhatian ramai.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Wan Rohimi Wan Daud, seramai 1,220 perwakilan telah mengundi secara e-undi di Kompleks PAS Kedah.

“Jumlah perwakilan yang berdaftar dan layak mengundi adalah 1,351 orang. Ini membawa maksud seramai 131 perwakilan atau 9.7 peratus tidak mengundi,” katanya.

Pemilihan kali ini turut menyaksikan beberapa ‘nama besar’ seperti Menteri Besar Perlis, Mohd Sukri Ramli, dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, gagal memperoleh undi yang mencukupi untuk memasuki barisan AJK Pusat.

Kepimpinan tertinggi parti kekal tidak berubah denganAbdul Hadi Awang sebagai Presiden dan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan Presiden.

Senarai penuh 18 AJK PAS Pusat yang terpilih mencerminkan gabungan antara pemimpin berpengalaman dan muka baru yang dilihat mendapat sokongan kukuh daripada akar umbi.

Berita berkaitan
Amanah gesa dakwaan campur tangan asing disiasat, bukan jadi modal politik PAS
2 jam lalu· Politik
Undi PAS bukan tiket ke syurga: Mujahid
2 jam lalu· Politik
Kedutaan AS nafi dakwaan dibuat Hadi berhubung tawaran jatuhkan BN: Laporan
2 jam lalu· Politik
PAS: Ketidakhadiran Zahid bukan tanda UMNO solo, kerjasama diteruskan
21 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
MB Negeri Sembilan tegaskan sokongan kepada Tuanku Muhriz
2 jam lalu · Politik
Syurga bukan milik parti politik: Menteri Agama
21 jam lalu · Politik
AMK sindir PAS: Sejak bila jadi jurucakap UMNO?
22 jam lalu · Politik
Johari: Biar presiden BN-PN bincang kerusi
23 jam lalu · Politik
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
September 5, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok