Saya minat rampas wang diseleweng dan pulangkan kepada rakyat: PMX

June 14, 2025 · Politik

Usaha kerajaan untuk membanteras gejala rasuah tidak wajar disalah tafsir hanya semata-mata mahu memenjarakan individu tertentu, sebaliknya ia adalah tekad kerajaan untuk mendapatkan semula wang rakyat yang diseleweng.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan dipimpinnya komited dalam usaha memerangi rasuah walaupun menerima kritikan daripada pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan ketegasan diambil tersebut.

“Apabila kita sudah mengambil tindakan terhadap pemimpin yang korup, sama ada yang dahulu atau masih berkhidmat dalam jawatan, ahli perniagaan, pemimpin korporat yang membazirkan berbilion ringgit, saya tidak melihat kemarahan atau sokongan (sedangkan) sepatutnya kita tunjukkan.

“Tetapi itu tidak mengapa, saya tetap akan menjalankan tugas saya, sama ada mendapat sokongan umum atau tidak.

“Itu tanggungjawab saya dan saya akan melaksanakannya sebaik mungkin untuk memastikan kita membasmi rasuah yang telah berakar umbi dalam negara ini,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Anwar turut menyatakan ‘tidak berminat’ untuk memenjarakan individu tertentu yang terbabit rasuah, sebaliknya hanya mahu mendapatkan kembali wang negara yang diseleweng pihak tertentu supaya dalam digunakan kembali untuk manfaat rakyat.

Beliau berkata, amalan memunggah kekayaan negara oleh tokoh politik dan ahli korporat perlu segera dihentikan.

“Bagaimana negara mengizinkan puluhan bilion dipunggah oleh beberapa tokoh politik dan korporat, kemudian dilupakan begitu sahaja? Di mana pengajarannya. Apa makna kuasa?

“Saya bukan minat nak penjarakan orang. Saya ada minat nak merampas balik wang itu supaya kembali kepada rakyat. Itu minat saya. Saya nak hentikan budaya ini,” katanya lagi.

Anwar mendedahkan ada pihak yang sanggup berpakat dan membiayai personaliti tertentu untuk menyeleweng wang negara.

Justeru, Perdana Menteri menegaskan tidak akan sesekali membiarkan kelompok itu terus melakukan jenayah.

Berita berkaitan
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
15 jam lalu· Politik
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
15 jam lalu· Isu semasa
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
21 jam lalu· Politik
Anwar, Presiden Myanmar adakan pertemuan empat mata: Bernama
23 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Kemelut Exco: MB Negeri Sembilan minta selesaikan satu-satu
15 jam lalu · Politik
Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan
23 jam lalu · Politik
Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM
23 jam lalu · Politik
SPRM perlu teliti isu RM2.1 bilion projek jalan luar bandar: AMK
24 jam lalu · Politik
DUN Sarawak dijangka bubar November, PRN makin dekat
October 7, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok