Scam: Cinta TikTok berakhir dengan kerugian RM112,500

August 29, 2026 · Isu semasa

Seorang wanita kerugian RM112,500 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan cinta atau ‘love scam’ membabitkan lelaki yang dikenalinya menerusi aplikasi TikTok dan mendakwa dirinya juruterbang dari Amerika Syarikat.

Ketua Polis Labuan, Wan Mohd Firdaus Wan Zaki berkata, mangsa pada awalnya berkenalan dengan suspek menerusi media sosial sebelum hubungan mereka berkembang menjadi percintaan secara dalam talian.

Menurutnya, suspek kemudian memaklumkan akan menghantar satu bungkusan kepada mangsa yang didakwa mengandungi wang tunai berjumlah AS$447,000.

“Pada 25 Ogos, mangsa dihubungi seorang individu yang mendakwa pengurus sebuah syarikat penghantaran dan memberitahu bungkusan berkenaan ditahan di sempadan Singapura-Malaysia.

“Mangsa kemudian diarahkan membuat beberapa bayaran bagi tujuan pelepasan bungkusan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Mohd Firdaus berkata, mangsa yang mempercayai dakwaan tersebut membuat beberapa transaksi ke akaun bank diberikan suspek sehingga mengalami kerugian keseluruhan RM112,500.

Bagaimanapun, selepas semua bayaran dibuat, mangsa menyedari dirinya ditipu apabila suspek menyekat nombor telefonnya dan tidak lagi dapat dihubungi.

“Mangsa kemudiannya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kes penipuan cinta seumpama ini lazimnya bermula dengan suspek membina hubungan dan kepercayaan dengan mangsa melalui media sosial sebelum menggunakan pelbagai alasan untuk mendapatkan wang.

Sehubungan itu, Wan Mohd Firdaus menasihati orang ramai supaya tidak mudah mempercayai individu yang baru dikenali di media sosial, khususnya apabila membabitkan permintaan wang atau bayaran.

“Jangan mudah percaya dengan permintaan wang atau bayaran atas pelbagai alasan. Semak terlebih dahulu sebelum sebarang pembayaran dibuat,” katanya.

Polis turut mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa atau institusi berkaitan sekiranya menerima dakwaan mengenai bungkusan, bayaran kastam atau urusan kewangan daripada kenalan dalam talian.

Berita berkaitan
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
3 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tubuh Tabung Pos RM150 juta, beroperasi awal 2027: Fahmi
11 jam lalu· Isu semasa
Penjenayah 10 rekod ditembak selepas kejar-mengejar di LDP
16 jam lalu· Isu semasa
Lelaki rugi RM12.47 juta, aset kripto lesap
16 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pemuda Melayu didakwa terlibat ritual bukan Islam disiasat: Zulkifli
7 jam lalu · Isu semasa
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
8 jam lalu · Isu semasa
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
11 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin membimbangkan, tiada kawasan catat IPU sihat
14 jam lalu · Isu semasa
Hantaran KWSP RM100,000 warnai pernikahan Syed Saddiq, Bella
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok