Sebar video intim bekas suami, wanita menangis selepas didenda RM2,800

June 8, 2026 · Isu semasa

Seorang pekerja kilang tidak dapat menahan sebak di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki dan menyebarkan video lucah yang membabitkan bekas suaminya bersama seorang wanita lain.

Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin menjatuhkan hukuman denda RM2,800 terhadap Puteri Norfatimah Ishak, 25, selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh sebaik pertuduhan dibacakan.

Mahkamah turut memerintahkan wanita itu dipenjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki video dan gambar lucah tersebut dalam sebuah telefon bimbit jenis iPhone 12 Pro Max di tepi Jalan Ayer Keroh Lama, Melaka Tengah kira-kira jam 4 petang pada 11 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pengadu menerima rakaman video itu daripada kakaknya pada Disember tahun lalu. Video tersebut dihantar menggunakan nombor telefon yang dipercayai milik bekas isteri kepada seorang lelaki yang dikenalinya.

Siasatan mendapati rakaman berkenaan memaparkan pengadu sedang melakukan hubungan seks dengan bekas suami tertuduh dan dipercayai dirakam tanpa pengetahuan serta persetujuan wanita terbabit.

Pihak polis turut mendapati video itu telah disebarkan kepada beberapa ahli keluarga terdekat pengadu, menyebabkan mangsa berasa teraniaya dan tercemar maruahnya sebelum membuat laporan polis.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Alia Safri, ketika memohon hukuman setimpal berkata perbuatan tertuduh bukan sahaja melibatkan penyebaran bahan lucah, malah turut mencabuli privasi dan maruah individu yang dapat dikenal pasti.

“Kesalahan ini melibatkan penyebaran bahan lucah terhadap individu yang dikenal pasti sehingga menjejaskan maruah dan privasi mangsa,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia bertindak dalam keadaan emosi selepas mengalami keguguran selain perlu menanggung kedua-dua ibu bapanya.

Berita berkaitan
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
8 jam lalu· Politik
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
8 jam lalu· Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
13 jam lalu· Isu semasa
Judi, scam: Facebook paling banyak diminta turunkan kandungan
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
8 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
13 jam lalu · Isu semasa
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok