Selepas BN tolak kerjasama GRS, Bung Moktar bidas kerajaan Hajiji rakus kuasa

September 6, 2025 · Politik

Bung Moktar Radin secara terbuka mengkritik Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dipimpin Ketua Menteri, Hajiji Noor dengan menyifatkan kerajaannya tidak menepati janji dan hanya tahu berbohong.

Pengerusi UMNO Sabah itu melabelkan kepimpinan kerajaan Hajiji sebagai “rakus kuasa” dan mempermainkan politik tipu daya dengan mendakwa telah memperdayakannya berhubung pelantikan portfolio kabinet negeri sebelum ini.

“Kami tidak akan menjadi pak turut kepada politik lompat, tidak akan bersekongkol dengan penipuan, dan tidak akan tunduk kepada kerakusan kuasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Bung Moktar turut membidas tawaran GRS yang hanya memperuntukkan lapan kerusi kepada UMNO sebagai “amat menyakitkan hati”, memandangkan parti itu kini memegang 14 kerusi.

Semalam, Bendahari UMNO Sabah Salleh Said Keruak menyifatkan tawaran GRS untuk memberi Umno hanya lapan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 sebagai “amat menyakitkan hati” sehingga menggagalkan rundingan membentuk gabungan pilihan raya.

Bung juga bangkit membela insiden ‘Langkah Kinabalu’ pada 2023, menegaskan ia bukan satu pengkhianatan tetapi merupakan reaksi terhadap kegagalan kepimpinan Hajiji.

Beliau dengan berani mencabar Hajiji dan pembantunya untuk berdebat secara terbuka.

“Kita boleh berdebat di mana sahaja, bukan hanya menjerit di TikTok seperti ayam berkokok di waktu subuh tetapi takut turun ke gelanggang.

“Politik bukan pentas jual bahasa basi di media sosial, ia medan hujah dan kebenaran,” tegasnya.

Beliau juga menyatakan keyakinannya untuk merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik.

“Rakyat Sebatik tahu menilai siapa yang konsisten memperjuangkan nasib mereka, dan siapa pula yang hanya muncul ketika mahu mengaut kuasa.”

Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sahaja telah memuktamadkan spekulasi mengenai kemungkinan pakatan tiga penjuru di Sabah.

Berita berkaitan
Tindakan RoS gantung PN bukan dibuat sewenang-wenangnya: Zahid
6 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan
September 23, 2026· Politik
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
September 22, 2026· Politik
Zahid nafi dititah menghadap Tuanku Muhriz
September 22, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Pemuda PH Negeri Sembilan desak MB kemuka senarai Exco baharu
4 jam lalu · Politik
Wanita PKR gesa institusi raja tidak dijadikan medan politik
6 jam lalu · Politik
MB sahkan Exco Negeri Sembilan dilarang masuk pejabat selepas titah Tuanku
6 jam lalu · Politik
Anthony Loke kekal pendirian letak jawatan: Bernama
12 jam lalu · Politik
PN ambil tindakan undang-undang selepas digantung RoS: Takiyuddin
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok