MIC sebelum ini membawa usul untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN).
MIC Wilayah Persekutuan menyertai dua negeri lain meluluskan usul mendesak parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN) sebagai bantahan terhadap kepimpinan Pengerusi, Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam mesyuarat agung tahunan peringkat negeri yang dihadiri lebih 400 perwakilan, Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan, S. Rajah, secara terbuka mempersoalkan kewibawaan Zahid yang didakwa gagal mempertahankan kepentingan parti komponen dalam kerajaan perpaduan.
“Kerajaan baru-baru ini mengumumkan Ramanan dari PKR diberi tanggungjawab mengawal selia projek berkaitan kuil dan sekolah Tamil.
“Apakah MIC tidak layak untuk tugas ini sedangkan kami mempunyai sejarah lebih 79 tahun?” soal Rajah ipetik Malaysiakini.
Beliau mendakwa Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri seharusnya berbincang dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menyerahkan portfolio hal ehwal masyarakat India kepada MIC, tetapi sebaliknya memilih untuk berdiam diri.
“Malah, beliau lebih berminat dengan rakan-rakan baru dari PH (Pakatan Harapan). Maka, apa salahnya jika MIC keluar BN dan menentukan hala tuju sendiri,” tegas Rajah.
Usul tersebut diluluskan secara sebulat supara dan disokong sebelumnya oleh MIC Kedah dan Pulau Pinang.
Mesyuarat turut dihadiri Presiden MIC, SA Vigneswaran dan timbalannya, M. Saravanan.
Pada 21 Ogos lalu, Perdana Menteri mengumumkan perlantikan Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dari PKR untuk mengawal selia hal ehwal komuniti India.
Rajah menegaskan MIC Wilayah Persekutuan tetap menghormati keputusan muktamad pucuk pimpinan parti mengenai masa depan dalam BN.
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
Kemiskinan, dadah ancaman sebenar orang Melayu: Saifuddin Nasution
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
14 pembahas sokong DAP terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri