Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Ewon Benedick.
Bekas Menteri Kabinet, Ewon Benedick, secara rasmi melancarkan jelajah pertamanya sejak meletakkan jawatan dengan memberi fokus teguh kepada isu hak 40 peratus hasil negeri Sabah.
Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu dengan tegas membidas penjelasan kerajaan Persekutuan yang didakwanya mengelirukan rakyat berhubung isu hak 40 peratus hasil negeri tersebut.
Beliau menyelar kenyataan Perdana Menteri yang menyamakan bayaran tersebut dengan pemberian biasa.
“Kenapa saya berkeras dalam hal ini? Kerana, penjelasan itu datangnya daripada Perdana Menteri kepada rakyat biasa.
“Pada saya, Perdana Menteri seolah-olah sangat tidak memahami perkara hak 40 peratus Sabah kerana mahu dicampur-adukkan dengan tanggungjawab persekutuan,” tegas Ewon semasa pelancaran Konvensyen Rakyat dan Jelajah Sabah First malam tadi.
Beliau menegaskan, tuntutan itu adalah hak perlembagaan dan bukan soal jumlah wang yang lebih besar seperti yang didakwa.
“Ini bukan apa yang ada di dalam Perlembagaan,” katanya lagi, merujuk kepada kenyataan mengenai RM17 bilion yang disebut-sebut.
Mengenai keputusannya keluar dari kerajaan, Ewon berkata itu adalah keputusan terbaik yang pernah dilakukannya.
“Keputusan itu adalah perkara terbaik yang pernah saya lakukan sepanjang menjadi Presiden UPKO. Tidak lagi terbeban bahu ini,” ujarnya.
Beliau menjelaskan pendirian tegasnya untuk memperjuangkan nasib rakyat Sabah bersama-sama rakan politik tempatan.
Jelajahnya ini dijangka menjadi platform untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada orang ramai berkenaan tuntutan tersebut, yang kembali hangat diperkatakan selepas satu rakaman suara Perdana Menteri menjawab soalan orang awam mengenai isu itu tular di media sosial baru-baru ini.
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri