Ketua Menteri Sabah , Hajiji Md Noor.
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sah akan membentuk pakatan bersama Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang akan datang.
Pengerusi GRS Hajiji Noor berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam kalangan parti komponen GRS dengan kata sepakat dicapai untuk membentuk pakatan pilihan raya bersama PH.
Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata, langkah berkenaan mencerminkan kerjasama berterusan antara GRS dan PH dalam pentadbiran negeri ketika ini.
“Sudah tentu kami bersedia, tetapi (formula kerjasama pilihan raya) masih belum dimuktamadkan. Masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gagasan Rakyat 2025 hari ini.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi PH Sabah Datuk Mustapha Sakmud menyatakan penghargaan beliau kepada Ketua Menteri kerana mengekalkan semangat kerjasama antara kedua-dua gabungan itu.
“Saya rasa ini adalah berita baik untuk Sabah,” katanya.
Mustapha berkata, langkah seterusnya melibatkan rundingan mengenai pembahagian kerusi dan berharap proses itu akan dijalankan secara adil.
Ditanya berapa banyak kerusi yang disasarkan oleh PH Sabah dalam PRN akan datang, Mustapha berkata pihaknya menyasarkan antara 23 hingga 25 kerusi, tertakluk kepada hasil rundingan.
Tempoh lima tahun penggal ke-16 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan tamat secara automatik pada 11 November ini, membuka laluan untuk PRN Sabah ke-17. – Bernama
Kes DNAA Zahid: Badan Peguam tunggu keputusan rayuan 14 Jun tahun depan
Mahfuz persoal Sanusi: Mana hasil projek mega Kedah?
Isu perkataan ‘lighad’: Lim Sian See dipanggil polis
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum