Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengarahkan semua lawatan kerja menteri dan timbalan menteri ke luar negara dihentikan serta-merta.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, yang juga Jurucakap Kerajaan berkata arahan tersebut bagi memastikan tumpuan penuh dapat diberikan kepada persiapan akhir Belanjawan 2026 dan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung pada masa terdekat.
“Ini bagi memastikan menteri-menteri memberi fokus dan keutamaan kepada pelaksanaan beberapa program dan juga persiapan menuju Belanjawan 2026, yang akan dibentangkan Perdana Menteri pada 10 Okt dalam masa beberapa minggu lagi,” jelas Fahmi pada sidang media Pasca-Mesyuarat Kabinet hari ini.
Fahmi bagaimanapun memberitahu arahan itu dikecualikan terhadap mesyuarat berjadual atau perkara yang telah diberi pertimbangan khas oleh Jemaah Menteri.
Belanjawan 2026 dijadualkan dibentangkan oleh Anwar sendiri pada 10 Oktober ini, manakala Sidang Kemuncak ASEAN yang bakal diadakan di ibu negara pada hujung Oktober depan pula dijangka akan menyaksikan kehadiran beberapa pemimpin dunia ternama.
Beliau turut menekankan persiapan untuk Sidang Kemuncak ASEAN yang akan berlangsung pada hujung Oktober juga memerlukan komitmen tinggi daripada semua pihak.
“Jadi keputusan ini telah dibuat dan akan berkuasa serta-merta,” tegasnya.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur bulan hadapan dijangka akan dihadiri oleh beberapa pemimpin besar, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Perdana Menteri China, Li Qiang, menjadikannya satu acara diplomatik yang sangat signifikan untuk negara.
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
Tok Mat persoal keberkesanan UNHCR urus pelarian Rohingya
Tanah LTAT RM420 juta dijual kepada AS melalui tender: Khaled Nordin
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum