Presiden Parti Warisan, Mohd Shafie Apdal.
Pejabat Peguam Negara (AGC) telah menerima jawapan bertulis daripada Presiden Parti Warisan, Mohd Shafie Apdal, berhubung notis tunjuk sebab yang dikeluarkan kepadanya baru-baru ini.
Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar, mengesahkan dokumen berkenaan telah diterima pada 29 September lalu.
Notis tersebut, yang dikeluarkan pada 22 September, adalah berikutan kenyataan Shafie yang didakwa mempersoalkan tempoh panjang prosiding inkues berhubung kematian pelajar, Zara Qairina Mahathir, 13 tahun.
Kenyataan Shafie itu dilaporkan dibuat semasa acara ‘Jelajah Inspirasi DSSA P187 Kinabatangan’ pada 20 September.
Notis itu memberikan tempoh tujuh hari kepada beliau untuk memberikan maklum balasnya.
Sebelum ini, satu rakaman video yang tular memaparkan Shafie menyuarakan kebimbangan mengenai tempoh inkues bagi menentukan punca kematian Zara Qairina, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar itu.
“Setiap kenyataan yang dibuat berhubung kes Zara Qairina sedang dikaji dengan terperinci,” kata Mohd Dusuki dalam kenyataan.
Beliau menegaskan AGC “tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang, termasuk memulakan prosiding penghinaan mahkamah” sekiranya perlu setelah penelitian selesai.
Zara Qairina ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 16 Julai lalu dan disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, keesokan harinya.
Prosiding inkues yang bermula pada 3 September telah memanggil 16 orang saksi, termasuk lapan kanak-kanak, bagi membantu siasatan bagi menentukan punca kematiannya.
Cadang Hamzah jadi PM: UMNO pasti lebih berhati-hati, tidak mahu ditelan buat kali kedua
Muhyiddin: Bersatu pengasas PN, tiada siapa boleh paksa keluar
Muhyiddin tolak khabar angin Bersatu mahu kembali bersama PH
PRN NS: Pengundi tentukan kemenangan, bukan ramalan atau nujum
Zahid ucap ‘selamat berjaya’ secara sinis kepada Hamzah selepas dicadang jadi PM
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat