Pindaan peranan AG dan pendakwa raya ditangguh, bentang ke Majlis Raja-Raja dahulu

July 14, 2026 · Isu semasa

Kerajaan memutuskan menangguhkan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2026 berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya (DPP) bagi memberi laluan kepada cadangan pindaan lanjut dimaklumkan kepada Majlis Raja-Raja terlebih dahulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata keputusan itu dibuat selepas kerajaan bersetuju membawa syor penambahbaikan terhadap RUU berkenaan untuk dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja sebelum ia dibentangkan semula pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Menurut beliau, antara cadangan utama ialah memperkukuh peranan Parlimen dalam proses pelantikan Pendakwa Raya menerusi pindaan kepada Fasal (18) Perkara 145A Perlembagaan Persekutuan.

“Calon Pendakwa Raya perlu dikemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk dibentangkan di Dewan terlebih dahulu sebelum diteliti oleh Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat. Selepas itu, Dewan Rakyat akan mengemukakan syor kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP),” katanya ketika membentangkan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, SPKP kemudian akan menasihati Yang di-Pertuan Agong hanya berdasarkan nama calon yang disyorkan Dewan Rakyat, sekali gus memperkukuh ketelusan serta kebebasan institusi dalam pelantikan Pendakwa Raya.

Azalina berkata, cadangan pindaan itu mengambil kira pandangan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, pakar perundangan, badan profesional serta pertubuhan masyarakat sivil sebelum dipersetujui Jemaah Menteri.

“Pindaan ini mencerminkan keterbukaan Kerajaan MADANI menerima pandangan pelbagai pihak demi memastikan reformasi institusi terus diperkukuh,” katanya.

Beliau turut memaklumkan penyata JKPK mengandungi tujuh syor utama, termasuk Pendakwa Raya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat SPKP tanpa melibatkan nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.

Selain itu, calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan kepada Parlimen bagi membolehkan ulasan dikemukakan kepada SPKP sebelum nama calon dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Cadangan lain menetapkan tempoh jawatan Pendakwa Raya selama tujuh tahun tanpa pembaharuan atau pelantikan semula.

Pendakwa Raya juga diwajibkan mengemukakan laporan tahunan mengenai pentadbiran, pengurusan dan kedudukan kewangan pejabatnya kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum dibentangkan di kedua-dua Majlis Parlimen.

Satu Kod Etika khas turut dicadangkan bagi Pendakwa Raya, dengan pelanggaran kod itu menjadi antara alasan sah untuk penyingkiran daripada jawatan selain faktor ketidakupayaan atau salah laku.

Azalina berkata, pindaan itu turut memberi kuasa kepada Parlimen menggubal undang-undang berkaitan pelantikan, penyingkiran dan tanggungjawab pelaporan Pendakwa Raya bagi memastikan reformasi dapat diperkasakan mengikut keperluan semasa.

Untuk rekod, RUU pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 23 Februari lalu sebelum dirujuk kepada JKPK selepas bacaan kali kedua pada 3 Mac untuk penelitian lanjut.

JKPK yang dianggotai 12 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mengadakan tujuh mesyuarat serta mendapatkan pandangan Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri dan pelbagai pihak berkepentingan.

Jawatankuasa itu turut membuka ruang kepada penyertaan awam bagi memastikan cadangan reformasi diteliti daripada aspek perlembagaan, pentadbiran, operasi serta amalan negara-negara Komanwel.

Berita berkaitan
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
16 jam lalu· Politik
RCI TH: Hadi beri alasan pembangkang keluar dewan kerana PMX tak ada
August 14, 2026· Politik
BNM beri amaran awal demi kestabilan Tabung Haji
August 14, 2026· Isu semasa
RCI Tabung Haji: Radzi jelaskan kenapa MP Bersatu kekal dalam Dewan
August 13, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
8 jam lalu · Isu semasa
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
14 jam lalu · Isu semasa
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
14 jam lalu · Isu semasa
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
17 jam lalu · Isu semasa
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
7 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok