Shahidan kini pengerusi baharu PN Perlis ganti Menteri Besar

2 jam lalu · Politik

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, mengucapkan tahniah kepada Shahidan Kassim atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri Perlis yang baharu.

Pelantikan itu diumumkan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PN di Kuala Lumpur malam tadi, yang menggugurkan Mohd Shukri daripada jawatan tersebut.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Mohd Shukri menyampaikan sokungan penuhnya.

“Setinggi-tinggi tahniah kepada Shahidan Kassim atas pelantikan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis yang baharu.

“Semoga dengan pelantikan ini, YB Dato’ Seri akan terus memimpin dan memperkukuh perpaduan serta kekuatan PN di negeri ini,” katanya.

Beliau turut menyatakan harapan agar kepimpinan baharu itu akan memastikan PN terus mentadbir negeri Perlis dan mencapai kejayaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-16.

“Semoga pentadbiran PN terus kekal mentadbir Perlis dan membawa kejayaan dalam PRU ke-16 kelak,” tambah Mohd Shukri.

Penggantian ini merupakan sebahagian daripada beberapa perubahan dalam kepimpinan PN peringkat negeri.

Selain Mohd Shukri, Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Pahang, Saifuddin Abdullah, juga digugurkan dan digantikan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Perubahan ini dilihat sebagai langkah untuk mengukuhkan struktur PN di peringkat akar umbi.

Walaupun digugurkan daripada beberapa jawatan parti, termasuk sebagai Pesuruhjaya PAS Perlis sebelum ini, Mohd Shukri kekal memegang jawatan sebagai Menteri Besar Perlis.

Berita berkaitan
PAS mahu jaga keharmonian, tak terima kemasukan Wan Fayhsal
October 25, 2025· Politik
Isu sajian arak MAS: Ulama PAS bidas sindiran MP DAP sebagai menghina Islam
October 24, 2025· Politik
UMNO Kangar kecam rakaman audio tular didakwa MB Perlis hina Institusi Raja
October 21, 2025· Politik
PN sedia wajibkan Ahli Parlimen isytihar harta tapi selepas jadi kerajaan: Takiyuddin
October 20, 2025· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi sedia hadapi saman RM10 juta dikemuka Farhash di mahkamah nanti
2 jam lalu · Politik
Armada bidas Saifuddin Abdullah selepas gesa Presiden Bersatu berundur
20 jam lalu · Politik
Farhash saman Rafizi RM10 juta gara-gara dua video didakwa berunsur fitnah
22 jam lalu · Politik
Pemberhentian peruntukan Parlimen: Rayuan semakan kehakiman Syed Saddiq ditolak
22 jam lalu · Politik
Dewan Rakyat kecoh, Wan Saiful ‘koyak’ jadi bahan sindiran MP DAP
October 27, 2025 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
October 14, 2025
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa
October 14, 2025

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok