Shamsul Iskandar turut ditahan SPRM dalam siasatan video rasuah tular Tei

November 28, 2025 · Politik

Bekas setiausaha politik kanan kepada Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin, telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Beliau ditahan pada jam 12.51 tengah hari, kira-kira sejam selepas memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM di sini.

Penahanan ini dibuat selepas dua lagi individu iaitu ahli perniagaan Albert Tei dan seorang wanita, Sofia Rini Buyong.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, dalam satu kenyataan video yang dimuat naik di TikTok rasmi suruhanjaya itu, mengesahkan penahanan tersebut.

“Ingin saya tegaskan, kes ini merupakan kes berkepentingan awam dan atas faktor itu SPRM telah menjalankan siasatan dengan kadar segera agar tidak dimanipulasi pihak tertentu.

“Sehingga saat saya memberi kenyataan ini, SPRM telah menahan ketiga-tiga individu berkenaan untuk membantu siasatan,” jelas Azam.

Azam juga memberitahu Sofia Rini telah ditahan lebih awal pada 27 November lepas.

Tei, yang nama sebenarnya Tei Jiann Cheing, sebelum ini membuat pendedahan awam mendakwa memberikan wang kepada ahli politik di Sabah bagi mendapatkan lesen cari gali mineral.

Dalam perkembangan terbaru, Tei mendakwa telah membelanjakan RM629,000 untuk Shamsul Iskandar, yang didakwanya memberikan jaminan untuk mendapatkan semula wang yang disalurkan kepada ahli politik terbabit.

Azam menekankan komitmen SPRM untuk menyiasat kes ini secara telus.

“SPRM akan menyiasat kes ini secara profesional dan adil berlandaskan lunas undang-undang.

“Saya telah mengarahkan pegawai siasatan saya agar melengkapkan siasatan dalam tempoh seminggu sebelum dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk keputusan beliau secepat mungkin,” ujarnya lagi.

SPRM dijangka akan memohon perintah reman terhadap Shamsul Iskandar dan Tei di Mahkamah Majistret Putrajaya esok.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
17 jam lalu· Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
18 jam lalu· Isu semasa
Hadi: Jangan guna isu rasuah jatuhkan lawan
23 jam lalu· Politik
AG digesa semak semula 47 kes pertuduhan Zahid: Rayer
September 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
14 jam lalu · Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
18 jam lalu · Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
18 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
20 jam lalu · Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok