Sidang Dewan Rakyat pada Jun berjalan seperti dijadualkan

June 5, 2026 · Politik

Sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula pada 22 Jun ini akan diteruskan seperti yang dirancang, sekali gus menepis spekulasi bahawa persidangan itu mungkin ditangguhkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat mengesahkan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 akan berlangsung mengikut takwim rasmi yang telah ditetapkan sebelum ini.

“Setakat ini, tiada sebarang perubahan pada jadual persidangan Dewan Rakyat yang telah dipaparkan dalam takwim rasmi Parlimen,” menurut kenyataan Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat hari ini.

Berdasarkan takwim yang dipaparkan di portal rasmi Parlimen, persidangan tersebut akan berlangsung selama 16 hari bermula 22 Jun hingga 16 Julai.

Pengesahan itu dibuat susulan khabar angin yang tersebar sejak kebelakangan ini sidang Parlimen mungkin ditangguhkan bagi membolehkan pilihan raya negeri di beberapa negeri Semenanjung dijalankan tanpa bertembung dengan urusan persidangan Dewan Rakyat.

Spekulasi berkenaan timbul selepas beberapa negeri mula membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sebagai persediaan menghadapi pilihan raya.

Pada 1 Jun lalu, Johor membubarkan DUN yang mempunyai 56 kerusi selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi.

Semalam pula, Negeri Sembilan mengumumkan pembubaran DUN yang mempunyai 36 kerusi selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata pembubaran itu membuka laluan kepada pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sementara itu, Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 sebelum ini berakhir pada 3 Mac lalu selepas berlangsung selama 20 hari.

Persidangan akan datang dijangka memberi tumpuan kepada pelbagai isu semasa termasuk perkembangan ekonomi, kos sara hidup serta pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.

Berita berkaitan
Larian Syed Saddiq kutip lebih RM361,000 dalam dua hari
July 18, 2026· Politik
Isyarat penuh tapi tiada Internet, MCMC ganti gentian optik berkapasiti tinggi: Nie Ching
July 15, 2026· Isu semasa
Pindaan peranan AG dan pendakwa raya ditangguh, bentang ke Majlis Raja-Raja dahulu
July 14, 2026· Isu semasa
Rakyat mahu kerajaan fokus bekerja, Anwar gesa utamakan kestabilan negara
July 14, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PKR tidak perlu bersaing politik identiti
3 jam lalu · Politik
Isu kaum dan agama hanya retorik kempen selepas kehabisan modal: Tze Tzin
5 jam lalu · Politik
22,339 anggota keselamatan mengundi awal esok
5 jam lalu · Politik
PAS salahkan laporan Malaysiakini cetus polemik kenyataan Sanusi
5 jam lalu · Politik
Pelaburan negeri hasil usaha PH sebelum Kerajaan Perpaduan: Aminuddin
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Khalid Samad lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
6 jam lalu
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok