Larian Syed Saddiq kutip lebih RM361,000 dalam dua hari

July 18, 2026 · Politik

Larian Kesyukuran yang digerakkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengatasi sasaran kutipan sumbangan apabila meraih RM361,848 hanya dalam tempoh dua hari, sekali gus melepasi sasaran awal RM200,000 yang ditetapkan untuk empat hari.

Syed Saddiq menyifatkan sambutan diterima amat luar biasa dan tidak menyangka rakyat sanggup tampil menghulurkan sumbangan serta memberikan sokongan sepanjang program berkenaan.

“Hari ini badan memang tersiksa. Cramp datang satu badan dan ada masa saya sendiri rasa sangat susah untuk teruskan.

“Sekarang ketika saya rakam video ini pun, saya masih boleh rasa cramp itu nak datang,” katanya menerusi hantaran di media sosial pada Sabtu.

Beliau kini meneruskan larian memasuki hari ketiga dengan laluan bermula dari Labu, Negeri Sembilan, melalui Seremban dan Pedas sebelum menamatkan perjalanan di Kota.

Menurutnya, cabaran semakin berat apabila hujan lebat turun ketika tiba di Pedas, selain kekejangan otot yang menyebabkan beliau terpaksa memperlahankan rentak larian.

“Untuk tiga kilometer terakhir menuju ke Kota saya sudah tidak mampu berlari dan terpaksa berjalan. Apabila sampai dan nampak lautan manusia menunggu, semangat itu datang balik.

“Sepanjang perjalanan ada mak cik dan pak cik yang datang hulurkan wang tunai kepada kami. Sumbangan paling kecil yang kami terima pula 50 sen,” katanya.

Syed Saddiq berkata, pada peringkat awal pihaknya merancang menyediakan bantuan berjumlah RM200,000 menerusi dana yang dikumpulkan. Namun, kejayaan melepasi sasaran dalam tempoh singkat membolehkan lebih ramai penduduk di Muar menerima manfaat.

“Terima kasih semua dan terima kasih Malaysia. Ini bukan lagi perjalanan saya seorang, tetapi perjalanan kita bersama,” katanya.

Larian Kesyukuran dianjurkan sebagai usaha mengumpul dana bagi membantu golongan memerlukan di kawasan Parlimen Muar.

Inisiatif itu turut mendapat perhatian ramai di media sosial apabila orang ramai mengikuti perkembangan perjalanan Syed Saddiq serta menyertai sebahagian laluan bagi memberikan sokongan moral.

Berita berkaitan
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
11 jam lalu· Politik
RCI TH: Hadi beri alasan pembangkang keluar dewan kerana PMX tak ada
August 14, 2026· Politik
BNM beri amaran awal demi kestabilan Tabung Haji
August 14, 2026· Isu semasa
RCI Tabung Haji: Radzi jelaskan kenapa MP Bersatu kekal dalam Dewan
August 13, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
2 jam lalu · Politik
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
2 jam lalu · Politik
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
2 jam lalu · Politik
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
2 jam lalu · Politik
Hubungan dengan Zahid masih baik, Anwar pilih kestabilan pertahan Kerajaan Perpaduan
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok