Peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail.
Peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail, menyeru semua pihak agar tidak menjadikan perhimpunan solidariti untuk mangsa buli itu sebagai platform politik.
Hamid berkata tumpuan harus diberikan sepenuhnya kepada tuntutan keadilan untuk Zara dan penganjur perhimpunan perlu bertindak bijak dengan mengelakkan sebarang unsur politik.
“Kami menyokong penuh solidariti untuk Zara, tetapi ia perlu diadakan dalam kerangka undang-undang.
“Jika ada wakil politik yang dijemput, pastikan mereka tidak menyampaikan ucapan berbaur kepartian,” katanya semasa sidang media di luar Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini.
Beliau menambah, “Kalau ada yang mahu berpolitik, jangan benarkan mereka hadir. Ini bukan pentas mana-mana parti – ini untuk Zara.”
Hamid turut memaklumkan bahawa ibu Zara, Noraidah Lamat, berasa lega dengan jaminan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, tiada pihak akan terlepas daripada tindakan undang-undang dalam kes kematian anaknya.
“Saya berbual dengannya semalam. Dia sangat gembira dengan perkembangan terkini dan berharap semua saksi tampil memberi kerjasama penuh,” ujar Hamid lagi.
Beliau turut menyeru kepada mana-mana saksi, terutamanya pelajar sekolah, yang mungkin berasa takut untuk tampil, supaya menghubungi pasukan peguam keluarga jika tidak selesa berurusan terus dengan polis.
Zara Qairina, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar, ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 16 Julai lalu dan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth.
Kematiannya mencetuskan kemarahan orang ramai dan menimbulkan persoalan sama ada Zara menjadi mangsa buli.
Inkues bagi menentukan punca kematiannya dijadualkan bermula bulan depan dengan 195 saksi akan dipanggil memberi keterangan.
SPRM buka dua kertas siasatan berhubung isu dana hampir RM300 juta: Laporan
Anwar nafi isu tanah Malaysia diserah kepada Indonesia
RUU PSB perlu dibaiki demi hak penduduk, UMNO tak tolak pembangunan: Asyraf
Saluran aduan media kini dibuka, fokus profesional dan telus: Fahmi
X ambil langkah tingkat keselamatan, beri kerjasama baik: Fahmi
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong