Speaker gesa Ahli Parlimen buat saringan kesihatan

July 8, 2026 · Politik

Yang Dipertua (Speaker) Dewan Rakyat, Johari Abdul menggesa semua Ahli Parlimen memberi perhatian serius terhadap pemeriksaan kesihatan berkala selepas seorang wakil rakyat dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat masalah kesihatan.

Peringatan itu disampaikan Johari sebelum sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, ketika beliau memaklumkan program saringan kesihatan untuk Ahli Parlimen akan diteruskan tahun ini dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM).

Program itu mula dilaksanakan pada 2023 dan kini memasuki tahun keempat, sebagai usaha memastikan kesihatan wakil rakyat dipantau lebih awal, khususnya dalam kalangan mereka yang berdepan jadual kerja padat serta tekanan tugas di Parlimen dan kawasan masing-masing.

“Yang Berhormat, sila ambil perhatian dan serius tentang ini. Semalam juga kita mempunyai seorang Ahli Parlimen yang mengalami masalah kesihatan yang serius dan kini beliau berada di IJN,” katanya.

Johari berkata pemeriksaan berkala penting untuk mengesan masalah kesihatan pada peringkat awal, sekali gus membolehkan rawatan atau langkah pencegahan dibuat segera.

Menurut beliau, saringan itu boleh membantu Ahli Parlimen membuat perubahan gaya hidup, mengambil ubat yang bersesuaian atau menjalani intervensi perubatan lebih awal sebelum keadaan menjadi lebih serius.

“Pemeriksaan kesihatan ini sangat membantu dalam mengesan sebarang isu berkaitan kesihatan di peringkat awal dan seterusnya membolehkan langkah pencegahan serta proaktif melalui pengubahsuaian gaya hidup, pengambilan ubat-ubatan atau intervensi perubatan awal yang bersesuaian dengan segera,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ahli Parlimen yang telah menyertai program saringan itu sejak diperkenalkan, selain menghargai komitmen KKM dalam menjayakan pelaksanaannya.

Peringatan tersebut hadir selepas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim, dilaporkan dikejarkan ke IJN selepas mengalami masalah kesihatan ketika berada di bangunan Parlimen semalam.

Menurut kenyataan pejabat Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad ketika itu hadir untuk mengikuti sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri dan dijadual mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 2024.

Berita berkaitan
Rakyat mahu kerajaan fokus bekerja, Anwar gesa utamakan kestabilan negara
July 14, 2026· Politik
Ahli Parlimen diberi tempoh hingga 30 Oktober kemuka laporan kesihatan
July 14, 2026· Isu semasa
Fahmi bentang RUU Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat, pelihara kepentingan negara
July 13, 2026· Isu semasa
12 juta rakyat sudah daftar MyDigital ID
July 8, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Fahmi: Politik sepatutnya menyatupadukan rakyat, tindakan pemimpin PAS dikritik
July 25, 2026 · Politik
Selepas BN enggan kongsi manifesto, PN tampil dengan tawaran sendiri
July 25, 2026 · Politik
Aminuddin dakwa manifesto BN tiru tawaran PH, salin dan tukar sahaja
July 25, 2026 · Politik
BN-PN tak tergesa-gesa bentuk gabungan, UMNO berhati-hati dengan PAS
July 25, 2026 · Politik
Muhyiddin jangka kerjasama BN-PN sukar bertahan
2 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
6 jam lalu
[VIDEO] Zahid: Elok Sanusi balik Kedah, tak perlu lagi berkempen di NS
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok