SPR tunggu tamat tempoh sebelum persempadanan baharu: Azalina

January 21, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan membuat keputusan sama ada kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya perlu dilaksanakan selepas tamat tempoh lapan tahun yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan, kata Azalina Othman Said.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu, selain tamat tempoh lapan tahun, satu lagi faktor penting yang boleh mencetuskan kajian semula ialah pindaan undang-undang melibatkan perubahan bilangan Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, tempoh lapan tahun bagi kajian persempadanan sebelum ini akan berakhir pada 9 Mac.

“Sebarang keputusan untuk memulakan kajian baharu hanya akan ditentukan oleh SPR selepas tempoh itu tamat,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, yang disiarkan di laman web Parlimen.

Mengulas situasi di Sarawak, Azalina berkata tempoh lapan tahun bagi negeri itu telah berakhir pada 21 Ogos 2023 dan SPR kini sedang menyediakan syor kajian semula persempadanan.

Proses ini, jelasnya, akan mengambil kira penambahan 17 kerusi DUN Sarawak yang diluluskan pada Julai 2025 dan dikuatkuasakan Ogos tahun sama.

“Ini adalah sebahagian daripada proses yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Bagi Sabah pula, tempoh lapan tahun kajian persempadanan telah berakhir pada 21 Februari 2025.

Namun, SPR belum membuat keputusan untuk memulakan kajian kerana Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 baru sahaja selesai.

“SPR perlu mengambil kira kestabilan proses pilihan raya sebelum memulakan kajian baharu,” jelas beliau.

Sebagai latar belakang, kajian persempadanan semula bertujuan memastikan pembahagian kawasan pilihan raya kekal relevan dengan perubahan demografi, pembangunan dan keperluan pentadbiran.

Azalina menegaskan SPR menjalankan tugas ini berpandukan Jadual Ketiga Belas dan Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.

“Prinsip utama termasuk memudahkan pengundi keluar mengundi, memastikan kawasan tidak merentasi sempadan negeri, serta mengambil kira keluasan dan cabaran geografi,” katanya.

Tambah beliau, SPR turut menilai faktor seperti pertumbuhan pemilih, hubungan komuniti tempatan, infrastruktur dan akses rakyat kepada wakil mereka supaya sistem perwakilan kekal adil dan berfungsi.

Berita berkaitan
Pengesahan had umur: MCMC boleh kenakan denda RM10 juta kepada platform media sosial
1 jam lalu· Isu semasa
Pelaburan palsu punca kerugian tertinggi penipuan dalam talian
6 jam lalu· Isu semasa
Pengesahan umur bertujuan lindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian: Fahmi
6 jam lalu· Isu semasa
MyKad baharu libatkan kos RM120 juta setahun
9 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ops Lusuh tumpaskan sindiket simpan peralatan telekomunikasi curi di Sarawak
June 24, 2026 · Isu semasa
Pemilik kenderaan diesel boleh mohon tambahan 100 liter bila-bila masa
June 24, 2026 · Isu semasa
Selepas 20 Tahun di Brunei, MP Miri bantu bapa empat anak kembali bina hidup baharu
1 jam lalu · Isu semasa
Pengawal keselamatan dipenjara, didenda RM50,000 hina Agong di Facebook
2 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah sekat Papagomo sebar kandungan didakwa memudaratkan
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok