SPRM dakwa beberapa individu dalam kes TH, termasuk orang kenamaan esok

September 2, 2026 · Isu semasa

Beberapa individu yang pernah ditahan dalam siasatan berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) bakal didakwa di mahkamah esok dan lusa.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abd Halim Aman berkata, pertuduhan itu dijangka dibuat di mahkamah di Shah Alam, Kuala Lumpur dan Kelantan.

Menurutnya, dua pertuduhan membabitkan kesalahan penyalahgunaan kuasa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan penipuan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Dua pertuduhan itu melibatkan penyalahgunaan kuasa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan, kerana menipu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM, hari ini.

Beliau turut memaklumkan satu lagi kertas siasatan akan dikemukakan kepada Peguam Negara untuk pertuduhan minggu depan, susulan siasatan terbaharu berkaitan isu pajakan hartanah dalam pelaburan Al Rawda.

Kes itu membabitkan pajakan hotel di Makkah dan Madinah bernilai 2.49 bilion riyal Saudi.

Abd Halim tidak menolak kemungkinan individu yang akan didakwa minggu depan termasuk golongan kenamaan serta mereka yang pernah direman SPRM sebelum ini.

Secara keseluruhan, SPRM sudah membuka 14 kertas siasatan berkaitan RCI TH, dengan empat daripadanya diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.

“Setakat ini sebanyak 18 individu ditahan dengan 11 daripadanya ditahan reman, selain memanggil 245 saksi serta memeriksa dan menggeledah 60 premis bagi mendapatkan dokumen berkaitan,” katanya.

Antara 11 individu yang pernah direman termasuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH Plantation, bekas Ketua Pegawai Kewangan TH Plantation, bekas pengarah Putra Perdana Construction, bekas Pengarah Putrajaya Perdana Berhad serta bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji.

Siasatan SPRM itu susulan RCI yang diwujudkan untuk meneliti isu pengurusan dan tadbir urus TH, termasuk keputusan pelaburan serta urus niaga hartanah institusi berkenaan.

Perkembangan terbaharu ini dijangka menjadi tumpuan susulan siasatan yang sudah membawa kepada penahanan beberapa bekas pegawai kanan dan tokoh berkaitan TH.

Berita berkaitan
Lima tahun dibicarakan, pendakwaan tutup kes terowong Guan Eng
10 jam lalu· Politik
NGO desak SPRM, AG jelaskan status siasatan RM1.1 bilion libat Rafizi
20 jam lalu· Politik
Kes Jalur Gemilang: Representasi Akmal ditolak, mahu kemuka permohonan kedua
October 26, 2026· Politik
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
October 23, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
10 jam lalu · Isu semasa
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
17 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
20 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok