SPRM panggil wanita dalam video bersama Albert Tei bantu siasatan

November 27, 2025 · Politik

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meminta seorang wanita yang dikaitkan dalam sebuah klip video tular melibatkan ahli perniagaan, Albert Tei, agar tampil memberi keterangan.

Tindakan ini merupakan sebahagian daripada siasatan berterusan berhubung bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mat Akin yang dikaitkan dalam video terbaharu yang tular.

Menurut kenyataan SPRM, kehadiran wanita berkenaan adalah penting bagi membantu siasatan.

“SPRM kini sedang berusaha mengesan wanita berkenaan dan meminta agar individu ini dapat hadir ke pejabat SPRM pada 1 Disember 2025,” katanya.

Perkembangan ini menyusuli kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki semalam yang berikrar untuk menyiasat segera tohmahan pemberian rasuah melibatkan Tei kepada Shamsul Iskandar.

Bukan itu sahaja, SPRM juga telah menghubungi Tei secara langsung dan memintanya hadir pada tarikh yang sama.

Malah, pihak suruhanjaya turut berhasrat untuk memanggil Shamsul Iskandar sendiri bagi memberi keterangan dalam masa terdekat.

Kes ini mendapat perhatian umum apabila Shamsul Iskandar yang dikaitkan dengan pengeluaran surat sokongan untuk projek pembinaan hospital serta didakwa menerima lebih RM600,000 daripada Tei, mengumumkan perletakan jawatannya.

Berita berkaitan
Tabung RM50 juta Najib: Wanita PKR persoal UMNO bawa budaya memaafkan perasuah?
September 21, 2026· Politik
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Bila UMNO nak lancar tabung ganti kerugian 1MDB disakau Najib? soal Pemuda Amanah
September 19, 2026· Politik
Syarat pengampunan Najib perlu dijelaskan kepada rakyat: Bersatu
September 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan
14 jam lalu · Politik
Hubungan dengan Istana retak, Mahfuz persoal kedudukan MB Negeri Sembilan
15 jam lalu · Politik
Anwar minta Loke fikir semula keputusan letak jawatan
16 jam lalu · Politik
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
19 jam lalu · Politik
PAS jangan diam, jelaskan peranan wakil dalam krisis Negeri Sembilan: AMK
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok