Subsidi petrol, diesel cecah RM4 bilion sebulan: MOF

March 26, 2026 · Isu semasa

Kerajaan menanggung subsidi petrol dan diesel yang dianggarkan mencecah sehingga RM4 bilion sebulan susulan kenaikan harga minyak mentah global, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Dalam kenyataan hari ini, MOF memaklumkan konflik berpanjangan di Asia Barat telah memberi tekanan kepada pasaran tenaga dunia, menyebabkan harga minyak mentah melepasi paras AS$100 setong.

Perkembangan itu secara langsung meningkatkan beban kewangan negara untuk mengekalkan harga bahan api bersubsidi.

“Dengan keputusan kerajaan mengekalkan harga RON95 pada RM1.99 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter bagi kumpulan sasar, beban subsidi terus meningkat,” menurut kenyataan itu.

MOF menjelaskan, berdasarkan harga minyak mentah sekitar AS$90 setong sebelum ini, subsidi petrol dan diesel dianggarkan sekitar RM3 bilion sebulan.

Namun, peningkatan harga semasa menyebabkan kos tersebut melonjak kepada kira-kira RM4 bilion sebulan.

Sebagai perbandingan, subsidi bagi RON95 dan diesel pada Januari 2026 hanya sekitar RM0.7 bilion, menunjukkan lonjakan ketara dalam tempoh singkat.

Dalam usaha mengawal perbelanjaan, kerajaan mengumumkan pelarasan had kelayakan program BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan, berkuat kuasa 1 April 2026.

Langkah ini diambil susulan ketidaktentuan bekalan global, namun harga RON95 bersubsidi kekal tidak berubah.

Menurut MOF, langkah tersebut bersifat sementara dan lebih bersasar bagi memastikan bekalan bahan api mencukupi tanpa menjejaskan majoriti rakyat.

“Hampir 90 peratus pengguna menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan, dengan purata sekitar 100 liter,” jelas kenyataan itu lagi.

Kerajaan turut mengekalkan had tambahan sehingga 800 liter sebulan bagi pengendali e-hailing, selain memperketat penguatkuasaan bagi membanteras ketirisan dan penyalahgunaan subsidi.

Program BUDI MADANI diperkenalkan sebagai pendekatan subsidi bersasar bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan, sejajar usaha kerajaan mengurus beban fiskal dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

MOF menegaskan kerajaan akan terus memantau perkembangan semasa dan bersedia mengambil langkah tambahan bagi menjamin kestabilan bekalan tenaga negara.

Berita berkaitan
Kerajaan susun semula perbelanjaan, perkhidmatan rakyat tidak terjejas: MOF
8 jam lalu· Isu semasa
Acara rasmi kerajaan dikecilkan, pastikan perbelanjaan berhemah: Fahmi
11 jam lalu· Isu semasa
Kos harga tenaga dijangka melonjak susulan krisis di Asia Barat: Bank Dunia
11 jam lalu· Isu semasa
Struktur ekonomi perlu disusun semula hadapi dunia tak menentu: PMX
April 27, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Peniaga lesap RM610,000 terjerat pelaburan palsu
12 jam lalu · Isu semasa
AGC tolak permohonan Namewee, kes dadah diteruskan: Laporan
12 jam lalu · Isu semasa
Projek RM1.1 bilion: Bekas pembantu Rafizi sambung beri keterangan esok
April 28, 2026 · Isu semasa
Krisis politik Negeri Sembilan: Persatuan peniaga bimbang ekonomi negeri terjejas
April 28, 2026 · Isu semasa
Seorang individu didenda RM30,000 hina institusi kehakiman di FB: MCMC
April 28, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok